Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 31/12/2018

272

Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD untuk dagangan Jumaat lalu, harga gagal mencatatkan kenaikan lebih tinggi pada dagangan hari sebelumnya apabila tidak berjaya melepasi paras 1.36600 sekitar resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali turun semula. Matawang dollar CAD didagangkan lemah sepanjang minggu lalu setelah terkesan daripada kejatuhan harga minyak mentah sehingga ke penghujung minggu dan membantu harga terus membuat kenaikan pada chart USD/CAD untuk terus mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk dagangan tahun 2018.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat didagangkan mendatar di sekitar paras Magic Pivot 1.3632 sebelum turun sedikit ke paras zon RBS (resistance become support) sekitar 1.36100. Jika harga terus bergerak lebih rendah, harga akan menyentuh paras support terdekat iaitu pada 1.3601 (MagicS1). Kemudiannya, harga bakal turun lebih rendah lagi menuju pula ke paras sekitar 1.3565 (MagicS2) dan sedikit lagi penurunan harga bakal mencecah paras support pada 1.3535 (MagicS3).

Namun, jika harga kembali melonjak semula melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga akan menguji semula paras ketinggian pada dagangan Jumaat lalu di sekitar paras resistance 1.3668 (MagicR1). Seterusnya harga yang berjaya menembusi paras tersebut bakal menuju ke paras resistance lebih tinggi berkemungkinan ke paras 1.3698 (MagicR2) dan sekiranya momentum kenaikan harga berjaya dikekalkan, harga akan terus mencatatkan paras ketinggian yang baru pada chart USD/CAD sekitar 1.3734 (MagicR3) sebagai penutup dagangan tahun 2018 ini.

Terus ikuti perkembangan pasaran minyak mentah untuk tahun 2019 pula dan jangan lupa juga fokus pasaran untuk minggu ini adalah terarah kepada data pekerjaan di Kanada pada Jumaat ini. Kawal dagangan anda sebaik mungkin dan terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan dalam analisis teknikal seharian anda.

 

Paras support: 1.3601, 1.3565, 1.3535.

Paras resistance: 1.3668, 1.3698, 1.3734.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat