Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 6/12/2018

371

Tumpuan pasaran pada dagangan semalam adalah kepada pengumuman kadar faedah oleh Bank of Canada (Boc) selepas melihat kenaikan pada Oktober lalu. Menepati ramalan, kadar faedah telah dikekalkan pada paras 1.75% oleh BoC pada mesyuarat kali ini. Namun, pemerhati pasaran melihat keputusan terkini yang dikeluarkan adalah bernada dovish dengan kenyataan rasmi lebih menggariskan kepada risiko kejatuhan pasaran minyak mentah dan juga ketegangan perang dagang. Oleh itu, dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD menunjukkan kenaikan ketara berikutan kelemahan pada nilai matawang dollar CAD. Harga yang membuat kenaikan pada dagangan semalam telah berjaya menyentuh ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line semalam dan kenaikan tersebut telah mencatatkan paras ketinggian semasa yang baru untuk tahun ini pada chart USD/CAD mengatasi ketinggian harga yang dicapai pada Jun lalu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih berlegar di paras ketinggian semalam berhampiran paras resistance 1.3418 (MagicR1) dan jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras tersebut, jangkaan kenaikan harga seterusnya akan menuju ke paras resistance 1.3483 (MagicR2). Lonjakan ketara harga seperti dagangan semalam jika diteruskan pada dagangan hari ini berkemungkinan mampu mencecah sehingga ke paras ketinggian di sekitar 1.3566 (MagicR3).

Jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3335 hari ini, harga dilihat akan turun ke paras support 1.3271 (MagicS1) yang berada di zon tumpuan harga pada chart USD/CAD. Penurunan harga yang diteruskan akan menuju pula ke paras support 1.3187 (MagicS2) yang terus diuji untuk dagangan minggu ini namun masih belum berjaya untuk harga bergerak lebih rendah. Sekiranya harga berjaya melepasi paras tersebut, paras terendah yang baru bakal dicatatkan berkemungkinan ke paras sekitar 1.3123 (MagicS3).

Fokus seterusnya untuk matawang Loonie adalah kepada data imbangan dagangan yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam ini manakala esok pula, data pekerjaan di Kanada akan dikeluarkan bersama data pekerjaan NFP Amerika Syarikat. Kawal dagangan anda sebaik mungkin dan untuk teknikal analisis, gunakan indicator Moshed Magic Line untuk mencari paras-paras penting yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD anda.

 

Paras support: 1.3271, 1.3187, 1.3123.

Paras resistance: 1.3418, 1.3483, 1.3566.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat