Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 7/1/2019

188

Matawang dollar CAD mula menunjukkan pengukuhan pada nilai dagangannya setelah beberapa minggu berada di tangga tercorot jika dibandingkan dengan matawang utama yang lain ekoran kejatuhan harga minyak mentah. Namun, harga minyak mentah yang kembali stabil menyokong kenaikan semula pada Loonie. Pada dagangan Jumaat, harga pada chart pasangan matawang USD/CAD telah menyambung penurunan yang dilakukan harga sejak dagangan hari sebelumnya. Selain daripada faktor pasaran saham dan kenaikan harga minyak mentah, data ekonomi domestik Kanada turut mencatatkan bacaan yang positif. Laporan data pekerjaan Kanada menrekodkan kenaikan 9,300 pertambahan lebih tinggi daripada jangkaan 6,800 sementara kadar pengangguran kekal pada kadar 5.6% berbanding jangkaan kenaikan 5.7%. Penurunan harga yang lebih rendah dari paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line itu turut didorong oleh kelemahan pada matawang USD yang mengalami susut nilai susulan daripada komen bernada dovish Jerome Powell berkaitan dasar monetari bank pusat yang akan datang.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak perlahan namun masih menyambung penurunan dan mendatar di sekitar paras 1.33600 sehingga awal dagangan sesi Eropah bermula. Jika harga teruskan sedikit lagi penurunan, paras support pada 1.3330 (MagicS1) akan disentuh harga. Seterusnya, harga yang meneruskan lagi penurunan ke paras lebih rendah bakal menguji paras support 1.3289 (MagicS2) yang menjadi tumpuan harga sebelum ini. Harga yang berjaya breakout paras tersebut akan terus mencatatkan paras terendah yang baru pada chart USD/CAD hingga ke paras sekitar 1.3206 (MagicS3).

Namun, jika harga kembali melonjak dan melepasi paras Magic Pivot 1.3413 hari ini, jangkaan harga akan menguji dahulu paras resistance pada 1.3454 (MagicR1) yang dilihat berada pada zon SBR (support become resistance) pada chart USD/CAD sebelum ini. Harga kemudiannya dijangka akan meneruskan kenaikan sehingga ke paras resistance 1.3537 (MagicR2) jika momentum kenaikan harga berjaya dikekalkan. Sedikit lagi kenaikan bakal menyentuh pula paras resistance 1.3578 (MagicR3) dan berpotensi menjadi paras SBR yang terbaru.

Tumpuan pada minggu ini pula akan terarah kepada penetapan kadar faedah oleh Bank of Canada (BoC) pada Rabu ini di mana dijangka bakal ada kenaikan oleh bank pusat. Tentukan paras support dan resistance yang terbaik pada chart USD/CAD anda berpandukan pada paras harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.3330, 1.3289, 1.3206.

Paras resistance: 1.3454, 1.3537, 1.3578.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat