Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 7/12/2018

374

Matawang komoditi didagangkan lemah pada sesi pasaran Eropah semalam termasuk matawang dollar CAD. Setelah sebelum ini Kanada dibebankan dengan data-data domestik yang dilihat mengancam ekonomi mereka, matawang Loonie terus terkesan dengan konflik pasaran minyak mentah global. Kejatuhan minyak mentah dilaporkan adalah memberi reaksi daripada Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid al-Falih yang membuat kenyataan bahawa ahli OPEC bersetuju untuk pengurangan pengeluaran bekalan minyak mentah sebanyak satu juta tong sehari, kurang daripada jangkaan sebelum ini. Diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD, harga membuat kenaikan melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line dan mencatatkan paras ketinggian terbaru mengatasi ketinggian harga pada Jun lalu sebelum harga kembali menunjukkan penurunan pada sesi pasaran New York.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga dilihat bergerak sangat perlahan pada paras Magic Pivot 1.3393 sehingga bersambung pada sesi pasaran Eropah. Jika harga dilihat membuat penurunan semula, berkemungkinan paras support 1.3340 (MagicS1) bakal menjadi tumpuan awal. Kemudian, harga akan turun pula menuju ke paras support pada 1.3299 (MagicS2) sebelum penurunan lebih rendah harga dijangka akan ke paras sekitar 1.3246 (MagicS3) yang berada di zon RBS (resistance become support).

Namun, jika harga kembali menunjukkan kenaikan semula, harga bakal menyambung lonjakan pada minggu ini menguji dahulu paras resistance 1.3435 (MagicR1) di sekitar paras ketinggian dagangan semalam. Harga yang berjaya melepasi paras tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian harga yang baru lagi pada chart USD/CAD berkemungkinan menuju ke paras 1.3487 (MagicR2) dan sekiranya harga meneruskan pendakian lebih tinggi lagi, paras resistance pada 1.3529 (MagicR3) dilihat berpotensi untuk dicapai harga pada kenaikan seterusnya.

Terus ikuti perkembangan pasaran minyak global dan nantikan laporan data pekerjaan di Kanada pada malam ini yang akan mempengaruhi perubahan nilai matawang Loonie dalam pasaran semasa. Teliti paras harga pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mencari paras sesuai untuk posisi dagangan anda pada chart USD/CAD.

 

Paras support: 1.3340, 1.3299, 1.3246.

Paras resistance: 1.3435, 1.3487, 1.3529.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat