Matawang dollar CAD terus mengukuh bersambung pada dagangan Selasa berikutan beberapa faktor yang menyokong pengukuhan matawang komoditi tersebut. Selain daripada harga minyak mentah yang kembali stabil, sentimen pasaran semasa yang kembali pulih turut mendorong kenaikan nilai Loonie. Data pekerjaan Kanada sebelum ini mencatatkan bacaan yang positif dan terbaru, data tinjauan IVEY PMI turut merekodkan angka kenaikan. Diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD untuk sesi dagangan semalam, harga masih meneruskan penurunan dengan pengukuh dollar CAD terus memberikan tekanan terhadap matawang USD yang didagangkan lemah empat sesi berturut-turut. Harga telah turun lebih rendah dari paras support MagicS1 sebelum turun lebih rendah menguji paras support MagicS2 pada sesi pasaran New York sebelum menutup dagangan di paras sekitarnya.
Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga masih menunjukkan penurunan walaupun momentum pada pergerakan harga sedikit perlahan. Harga yang didagangkan rendah dari paras Magic Pivot 1.3320 itu dilihat menuju hampir ke paras support 1.3252 (MagicS1) sehingga awal pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga terus turun menekan harga lebih rendah, harga bakal menuju pula ke paras support pada 1.3210 (MagicS2) sebelum momentum pengukuhan Loonie yang konsisten berpotensi menolak harga hingga ke paras sekitar 1.3142 (MagicS3).
Namun, jika pergerakan harga kembali menunjukkan kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.3320, harga dilihat akan menguji paras resistance terhampir yang berada di paras 1.3362 (MagicR1). Seterusnya, harga bakal meneruskan kenaikan ke paras tumpuan harga pada chart USD/CAD sebelum ini iaitu pada sekitar resistance 1.3430 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan ke paras lebih tinggi boleh mencapai paras ketinggian dagangan hari ini pada resistance 1.3472 (MagicR3).
Pantau perkembangan pasaran minyak mentah yang kembali stabil buat masa ini namun sebarang pergolakan dalam pasaran akan memberi kesan kepada matawang dollar CAD seperti sebelum ini. Tumpuan seterusnya adalah pada data imbangan dagangan di Kanada yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam ini. Sentiasa mengawal risiko dalam setiap posisi dagangan dan anda disyorkan untuk menggunakan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal harian supaya membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.
Paras support: 1.3252, 1.3210, 1.3142.
Paras resistance: 1.3362, 1.3430, 1.3472.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI