Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 10/12/2018

193

Jika diimbas pada dagangan penghujung minggu lalu pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY, harga dilihat gagal membuat penurunan lebih rendah melepasi paras support 112.300 pada dagangan Khamis sebelum kembali pantul bergerak mendatar pada dagangan Jumaat sementara menunggu laporan data pekerjaan NFP pada malamnya. Setelah data pekerjaan NFP dikeluarkan menunjukkan bacaan yang lemah, harga membuat sedikit penurunan melepasi paras Magic Pivot dan berlegar di sekitar paras tersebut sehingga sesi pasaran New York berakhir dan menutup dagangan untuk minggu tersebut.

Pada sesi Asia permulaan minggu ini, harga terus dilihat membuat penurunan sehingga melepasi paras support 112.520 (MagicS1) dan meneruskan lagi penurunan sehingga ke paras support 112.348 (MagicS2) di mana harga menguji kembali paras harga yang gagal ditembusi pada minggu lalu. Jika harga terus ditekan sehingga melepasi paras tersebut ke paras lebih rendah, jangkaan harga akan menuju ke paras support 112.144 (MagicS3).

Namun, jika harga kembali membuat lonjakan sehingga bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot 112.724 hari ini, harga dilihat akan menuju ke paras resistance terdekat dahulu di paras 112.896 (MagicR1). Kemudian, destinasi tumpuan harga pada kenaikan seterusnya adalah dilihat pada paras resistance 113.100 dan pasaran akan melihat reaksi harga pada paras tersebut. Jika harga berjaya menembusi paras tersebut, paras resistance pada 113.272 (MagicR3) dijangka akan menjadi paras tumpuan yang seterusnya.

Terus beri tumpuan terhadap perubahan sentimen pasaran semasa dan faktor-faktor yang menyumbang kepada pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY. Untuk teknikal analisis pula, indicator Moshed Magic Line dilihat sebagai salah satu alternatif terbaik untuk meningkatkan kualiti dagangan harian anda.

 

Paras support: 112.520, 112.348, 112.144.

Paras resistance: 112.896, 113.100, 113.272.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat