Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 11/1/2019

217

Pergerakan harga bagi chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY untuk sesi dagangan semalam pada mulanya dilihat menurun dan menghampiri paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga kemudiannya kembali pantul bergerak naik ke paras Magic Pivot semalam ekoran nilai matawang USD kembali mengukuh dalam pasaran. Jika sentimen semasa pasaran semakin stabil dan USD terus mengukuh, Yen akan terus menerima tekanan dan dilihat sukar untuk menggerakkan harga ke paras lebih rendah. Tumpuan pasaran malam ini adalah kepada data inflasi di Amerika Syarikat yang bakal memberi kesan terhadap matawang USD sebelum dagangan minggu ini berakhir.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga pada chart USD/JPY dilihat bergerak perlahan dan mendatar di atas paras Magic Pivot 108.228 hari ini sehingga ke penghujung sesi. Jika harga menyambung kenaikan harga pada sesi New York semalam, harga bakal menuju ke paras resistance 108.694 (MagicR1) dahulu sebelum sedikit lagi kenaikan akan melihatkan harga menguji zon resistance yang diuji pada dagangan minggu ini pada sekitar 108.977 (MagicR2). Sekiranya harga berjaya menembusi paras resistance tersebut, harga bakal menuju ke paras tumpuan harga pada USD/JPY di paras 109.443 (MagicR3).

Namun, jika harga menunjukkan penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal penurunan harga dilihat akan menuju ke paras support pada 107.945 (MagicS1). Seterusnya, harga bakal meneruskan penurunan untuk menuju pula ke paras support lebih rendah yang berada di paras 107.479 (MagicS2). Sedikit lagi penurunan harga akan menguji paras support pada 107.196 (MagicS3) yang diuji ketika terjunan harga pada awal bulan ini.

Sentiasa pantau perubahan pada sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi pergerakan harga khususnya pada chart pasangan safe-haven USD/JPY ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal harian anda untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih jelas dan tepat sebelum meletakkan sebarang posisi dagangan dalam pasaran.

 

Paras support: 107.945, 107.479, 107.196.

Paras resistance: 108.694, 108.977, 109.443.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat