Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 11/10/2018

218

Pergerakan harga pada pasangan matawang USD/JPY pada dagangan semalam melihatkan harga membuat kenaikan dan menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga menjunam sehingga ke paras support MagicS3 sejurus sebelum harga ditutup pada sesi pasaran New York. Kejatuhan harga yang ketara disebabkan faktor hasil bon kerajaan AS yang semakin tinggi semalam melemahkan matawang USD serta matawang Yen yang mendapat permintaan berikutan pasaran yang dilihat berisiko (risk-off).

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dibuka di sekitar paras support 112.200 dan jelas lebih rendah dari paras Magic Pivot 112.598 hari ini. Harga yang kelihatan cenderung menyambung penurunan pada awal sesi pasaran Asia menunjukkan harga bergerak hampir ke paras support 111.906 (MagicS1). Sekiranya harga masih ditekan ke paras rendah dan melepasi paras tersebut, jangkaan seterusnya harga akan menuju ke paras support 111.551 (MagicS2) yang berada sedikit rendah. Dan jika harga terus membuat penurunan untuk mencari paras Lower Low yang baru, berkemungkinan harga akan turun sehingga ke paras support 110.859 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga kembali membuat lonjakan, paras Magic Pivot 112.598 dilihat akan ditembusi harga sebelum harga naik menguji paras resistance 112.953 (MagicR1) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga dijangka akan melonjak lagi dan menguji paras SBR seterusnya iaitu pada resistance 113.645 (MagicR2). Momentum kenaikan yang masih mampu dikekalkan harga berkemungkinan menyokong harga untuk membuat kenaikan ke paras lebih tinggi sehingga ke paras resistance 114.000 (MagicR3).

Sentiasa pantau sentimen pasaran semasa yang berubah-berubah akibat terkesan daripada isu-isu global semasa di mana pergerakan harga dalam pasaran turun terkesan lebih-lebih lagi terhadap matawang safe-haven seperti USD dan JPY. Gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan untuk melengkapkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 111.906, 111.551, 110.859.

Paras resistance: 112.953, 113.645, 114.000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat