Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 14/11/2018

208

Matawang USD pada dagangan semalam sedikit mengalami penyusutan nilai selepas perkembangan Brexit yang positif membuatkan pelabur mengambil dahulu posisi belian dagangan USD sebelum ini. Walau bagaimanapun, kelemahan USD dilihat bersifat sementara di mana pasaran masih melihat USD masih berada pada landasan pengukuhan disebabkan faktor kepesatan ekonomi di AS, pengetatan polisi oleh FED dan juga status safe-haven oleh matawang USD itu sendiri. Jika dilihat pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY, pergerakan harga pada sesi dagangan semalam agak mendatar sekitar paras Magic Pivot dan resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat kenaikan pada awal sesi sedikit melepasi paras Magic Pivot 113.849 hari ini, kemudiannya bergerak mendatar sekitar paras 113.900 sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya membuat kenaikan, harga dilihat akan menguji paras ketinggian harga semalam sekitar paras resistance 114.113 (MagicR1). Kemudiannya, harga yang terus membuat kenaikan akan mencari paras ketinggian harga yang baru berkemungkinan menuju ke paras resistance 114.419 (MagicR2). Jika harga berjaya breakout paras resistance tersebut, jangkaan harga akan mencapai paras ketinggian harga pada paras 114.683 (MagicR3) sekaligus mengatasi paras ketinggian harga yang dicapai pada Oktober.

Sebaliknya, jika harga kembali didagangkan rendah semula di bawah paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan akan menuju ke paras support yang terdekat dilihat berada pada paras 113.543 (MagicS1). Seterusnya, penurunan harga bakal mencari paras lower low yang baru menuju pula ke paras support 113.279 (MagicS2). Dan jika USD terus didagangkan lemah berbanding Yen, harga boleh mengalami kejatuhan sehingga ke paras 112.973 (MagicS3).

Lihat pada perubahan sentimen pasaran semasa jika anda ingin terus memantau pergerakan harga pada chart safe-haven USD/JPY ini. Dan jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 113.543, 113.279, 112.973.

Paras resistance: 114.113, 114.419, 114.683.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat