Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 14/12/2018

255

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY pada dagangan semalam menunjukkan harga kembali menyambung kenaikan harga yang dilakukan sejak awal minggu ini. Matawang Yen dilihat didagangkan lebih lemah berbanding dollar USD dengan kenaikan harga ditunjukkan dari paras lebih rendah dari paras Magic Pivot kemudian naik melepasi paras tersebut dan menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Seterusnya, harga menyambung lagi kenaikan dan menyentuh paras resistance MagicR2 di sekitar paras tumpuan harga pada 113.700 sebelum bergerak perlahan dan sedikit menurun sehingga sesi pasaran New York menutup dagangannya.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga membuat penurunan menuju ke paras Magic Pivot 113.510 dan menguji paras tersebut seketika sebelum dilihat membuat lonjakan lebih tinggi semula dari paras Magic Pivot menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga terus membuat kenaikan ke paras lebih tinggi, jangkaan paras awal yang menjadi tumpuan harga adalah pada paras resistance 113.810 (MagicR1) sekaligus mengatasi paras ketinggian harga semalam. Seterusnya, paras sekitar 114.023 (MagicR2) turut dilihat paras tumpuan yang bakal diuji yang merupakan paras resistance yang gagal ditembusi harga pada dagangan penghujung November lalu. Dan jika harga masih mengekalkan momentum lonjakan harga melepasi paras tersebut, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian yang baru sehingga sekitar paras 114.323 (MagicR3).

Namun jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot semula, paras support pada 113.297 (MagicS1) dilihat paras awal yang akan menjadi tumpuan. Kemudiannya, harga akan menyambung lagi penurunannya menuju pula ke paras sekitar 112.997 (MagicR2) yang merupakan paras support yang berada lebih rendah. Dan sekiranya Yen berjaya didagangkan mengukuh menekan harga ke paras lebih rendah lagi, jangkaan harga mampu mencecah penurunan ke paras sekitar 112.784 (MagicS3).

Suasana dalam pasaran dilihat kembali berisiko terkesan atas faktor ekonomi China yang sedikit terjejas dan turut mempengaruhi kesihatan ekonomi global. Kawal dagangan anda untuk penghujung tahun ini dengan teliti serta terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan yang utama dalam analisis teknikal seharian anda.

 

Paras support: 113.297, 112.997, 112.784.

Paras resistance: 113.810, 114.023, 114.323.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat