Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 16/10/2018

244

Matawang safe-haven Yen turut didagangkan lemah dan kurang mendapat permintaan walaupun keadaan pasaran berisiko pada kebiasaannya menyokong matawang tersebut. Ini adalah kerana Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam ucapannya telah mengesahkan cadangan menaikkan kadar cukai penggunaan dari 8% ke 10% pada mesyuarat kabinet sebelumnya dan dijadualkan akan berkuatkuasa pada Oktober 2019 nanti. Beliau menjelaskan tambahan pendapatan daripada cukai tersebut bakal digunakan untuk perbelanjaan keselamatan sosial. Berikutan itu, jika dilihat pada pergerakan harga pada pasangan matawang USD/JPY pada dagangan semalam melihatkan harga membuat penurunan dari paras Magic Pivot semalam sehingga melepasi paras support MagicS1 dan hampir menyentuh paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia hari ini harga dibuka di sekitar paras harga 111.750 kemudiannya membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 111.867 dan kelihatan harga telah mencapai paras resistance 112.119 (MagicR1) dan dan menguji paras tersebut setakat jam 3.20 petang. Jika harga meneruskan kenaikan, paras resistance 112.487 (MagicR1) dilihat paras resistance seterusnya yang akan diuji harga. Seterusnya, jika harga breakout paras tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance pada paras 112.739 (MagicR3) yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Sebaliknya, jika sentimen pasaran kembali memihak kepada matawang Yen, berkemungkinan harga akan menyambung semula penurunan yang dibuat sebelum ini. Paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 111.499 (MagicS1) sebelum harga meneruskan penurunan ke paras support yang lebih rendah iaitu pada 111.247 (MagicS2). Dan seterusnya, momentum penurunan harga yang diteruskan berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke paras serendah 110.879 (MagicS3).

Teliti perkembangan ekonomi di Jepun dan juga sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi nilai matawang Yen dan juga pergerakan harga pada chart USD/JPY. Gunakan indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda mencari paras-paras terbaik untuk posisi dagangan harian anda.

 

Paras support: 111.499, 111.247, 110.879.

Paras resistance: 112.119, 112.487, 112.739.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat