Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 16/11/2018

178

Situasi panik dalam pasaran berlaku setelah isu Brexit kembali menggegarkan pasaran semasa di mana Setiausaha Brexit, Dominic Raab telah meletak jawatan. Sentimen pasaran yang berisiko sebegini kembali memberi kelebihan kepada matawang safe-haven terutamanya Yen. Diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY untuk sesi dagangan semalam menunjukkan Yen berjaya menekan harga yang sememangnya telah membuat penurunan dari awal sesi pasaran Asia semalam bermula. Harga membuat penurunan dari paras Magic Pivot dan terus menyambung penurunan melepasi paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam, namun harga kembali membuat kenaikan pada sesi pasaran New York sebelum harga menutup harga di sekitar paras Magic Pivot semula.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, Yen kembali mendominasi berbanding USD dengan harga dilihat kembali membuat penurunan dan telah pun melepasi paras Magic Pivot 113.477 hari ini dan masih menyambung penurunan menuju ke paras support 113.241 (MagicS1) bersambung ke sesi pasaran Eropah. Jika harga terus membuat penurunan lagi, jangkaan harga akan menuju ke paras support yang berada pada paras 112.863 (MagicS2). Dan seterusnya, pasaran akan melihat reaksi harga pada zon RBS (resistance become support) di paras 112.700 dan berhampiran itu juga terdapat resistance pada indicator Moshed Magic Line iaitu pada paras 112.627 (MagicS3).

Namun, jika sentimen pasaran semasa berubah atau kebiasaannya berlaku aktiviti pengambilan keuntungan pada posisi dagangan sebelum ini, harga berkemungkinan bergerak ke arah yang berlawanan dan membuat kenaikan semula. Kenaikan harga yang berjaya melepasi paras Magic Pivot kemudiannya dilihat akan mencari paras resistance yang terdekat iaitu dilihat pada paras 113.855 (MagicR1). Sedikit lagi kenaikan yang diteruskan akan menguji pula paras resistance pada 114.091 (MagicR2). Namun, sekiranya harga yang berjaya membuat lonjakan melepasi paras ketinggian harga semasa sebelum ini, harga boleh mencapai paras ketinggian yang baru sekitar 114.469 (MagicR3).

Kawal dagangan anda pada penghujung minggu dan lebih berwaspada terhadap sebarang pergerakan drastik harga terutamanya pada chart pasangan safe-haven USD/JPY yang menerima impak secara terus. Dengan itu, anda boleh menggunakan indicator Moshed Magic Line bagi mengawal risiko dagangan anda dengan memanfaatkan paras-paras tumpuan harga yang telah disediakan.

 

Paras support: 113.241, 112.863, 112.627.

Paras resistance: 113.855, 114.091, 114.469.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat