Analisis teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 17/1/2018

864

USD/JPY semalam gagal untuk breakout Key Support 110.30 dan mulai bullish lebih kurang 50 pips setakat petang ini. Jika diperhatikan, kebarangkalian untuk ia membentuk ‘double bottom’ adalah tinggi ketika ini sekiranya ia berjaya untuk breakout Key Resistance sekitar harga 111.00.

Dan jika USD/JPY membuat kenaikan, ia berpotensi untuk melakukan sedikit pullback sebelum ia mencapai ke target seterusnya iaitu 111.30 atau ke 111.80 pada minggu ini. Walaubagaimanapun, jika ia masih tidak berjaya untuk breakout Key Resistance ini, harga USD/JPY berkemungkinan akan mulai sideways ke sekitar harga antara Key Support dan Key Resistance.

Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Support ini, USD/JPY akan bearish dan menguji harga sekitar 110.00. Jadi, penting untuk memastikan ia breakout mana-mana Key terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan memasuki pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat