Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 18/12/2018

153

Sentimen pasaran yang berisiko pada dagangan Isnin permulaan minggu semalam mendorong permintaan tinggi terhadap matawang safe-haven terutamanya USD dan Yen. Namun, Yen lebih mendominasi berikutan nilai matawang USD yang terjejas ekoran kebimbangan terhadap jangkaan kadar faedah pada mesyuarat FOMC nanti. Oleh itu dapat dilihat pergerakan harga pada chart USD/JPY menjunam sekitar 80 pips penurunan dari paras Magic Pivot sehingga ke paras terendah dagangan harian semalam mencecah paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat kembali menyambung momentum penurunan semalam turun menyentuh paras support 112.470 (MagicS1) namun sedikit pantul semula pada penghujung sesi Asia. Jika harga berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga bakal menuju ke paras support 112.134 (MagicS2) sekaligus mengatasi paras terendah semasa untuk dagangan bulan ini. Seterusnya, harga yang terus ditekan ke paras lebih rendah bakal mencari paras terendah yang baru pada chart USD/JPY berkemungkinan ke paras sekitar 111.604 (MagicS3).

Namun, jika USD kembali mengukuh berbanding Yen dan menunjukkan kenaikan harga melepasi paras Magic Pivot 113.000 hari ini, harga dijangka akan menjadikan paras resistance 113.336 (MagicR1) sebagai paras awal destinasi kenaikan harga. Jangkaan kenaikan seterusnya harga akan menguji pula paras 113.866 (MagicR2) yang berada pada zon resistance yang sukar ditembusi harga selepas beberapa kali diuji sejak dagangan November lalu. Dan sekiranya harga berjaya melepasi paras tersebut untuk meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, harga dilihat berpotensi mencecah paras ketinggian di sekitar 114.202 (MagicR3).

Tumpuan seterusnya adalah pada penetapan kadar faedah oleh Bank of Japan (BOJ) yang dijangka akan dikekalkan. Terus pantau sentimen pasaran semasa di mana buat masa ini masih memberi kelebihan kepada matawang safe-haven di atas suasana pasaran yang berisiko. Sebarang perubahan turut mengubahkan pergerakan harga dalam pasaran khususnya pada chart USD/JPY. Gunakan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal untuk anda melihat paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/JPY.

 

Paras support: 112.470, 112.134, 111.604.

Paras resistance: 113.336, 113.866, 114.202.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat