Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 18/9/2018

338

Pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY semalam dilihat membuat penurunan ke paras zon RBS (resistance become support) pada 111.800-111.700. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat kembali melonjak dari zon RBS tersebut dan telah melepasi paras Magic Pivot 111.898 dan paras resistance 112.042 (MagicR1). Kemudian harga terus membuat Higher High yang baru dan menyentuh paras resistance 112.259 (MagicR2) sebelum harga kembali membuat penurunan semula ke paras resistance MagicR1. Harga semasa didagangkan sekitar paras 111.970 setakat jam 3.19 petang.

Jika harga kembali menguji semula paras resistance MagicR1 yang juga dilihat berada pada zon major resistance 112.200 dan berjaya melepasi (breakout) paras tersebut, jangkaan harga akan membuat Higher High yang baru di paras resistance 112.403 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga terus membuat kejatuhan, jangkaan harga akan kembali semula ke paras zon RBS semalam dan jika zon tersebut berjaya ditembusi harga, harga berpotensi untuk turun melepasi paras support 111.681 (MagicS1) dan menuju ke paras support seterusnya pada 111.537 (MagicS2). Paras support seterusnya yang dilihat akan menjadi tumpuan harga jika penurunan diteruskan, adalah pada paras support 111.320 (MagicS3).

Chart USD/JPY antara salah satu pasangan yang pergerakan harganya banyak dipengaruhi oleh sentimen pasaran semasa khususnya isu perang dagang yang menjadi tumpuan pasaran buat masa ini. Tumpu perhatian terhadap isu tersebut dan kawal posisi trade anda sebaik mungkin. Paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line boleh disesuaikan dalam analisa anda sebagai rujukan tambahan.

 

Paras support: 111.681, 111.537, 111.320.

Paras resistance: 112.042, 112.259, 112.403.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat