Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 19/10/2018

248

Sentimen pasaran semasa yang kembali dilihat berisiko membantu matawang Yen sedikit mengukuh pada dagangan semalam di mana pergerakan harga pada chart USD/JPY dilihat telah membuat penurunan. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga yang beberapa kali menguji paras Magic Pivot semalam kemudiannya telah berjaya breakout paras tersebut dan turun melepasi paras support MagicS1 sebelum kembali menutup harga di sekitar paras support itu semula.

Bersambung ke sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan namun berjaya membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 112.290 dan menuju ke paras resistance 112.637 (MagicR1) di mana harga semasa berada pada paras 112.450 setakat jam 4.01 petang. Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi melepasi paras tersebut, jangkaan harga akan menguji pula paras resistance pada 113.081 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Sekiranya harga masih breakout paras tersebut dan terus melonjak lebih tinggi, harga dipercayai akan menuju ke paras resistance 113.428 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga gagal mengekalkan kenaikan dan matawang Yen semakin mendapat permintaan, harga bakal ditekan lebih rendah semula sehingga ke paras support 111.846 (MagicS1) untuk menguji terlebih dahulu zon major support yang masih gagal ditembusi harga sebelum ini. Kemudiannya jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan menuju ke paras support 111.499 (MagicS2) sebelum penurunannya seterusnya akan membolehkan harga mencari paras lower low yang baru berkemungkinan ke paras support pada 111.055 (MagicS3).

Sentiasa beri perhatian terhadap perubahan sentimen pasaran semasa dan isu-isu berkaitan yang menjadi faktor kepada penyebab perubahan itu terjadi. Juga kawal posisi dagangan anda sebaik mungkin serta rujuk paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 111.846, 111.499, 111.055.

Paras resistance: 112.637, 113.081, 113.428.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat