Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 19/11/2018

179

Perkembangan di Jepun, Gabenor Bank of Japan (BOJ), Haruhiko Kuroda dalam kenyataannya berkata bahawa BOJ masih akan meneruskan polisi yang longgar buat waktu ini. BOJ telah mengekalkan pelonggaran polisi sejak tahun 2013 lagi di mana telah membantu memulihkan kembali ekonomi di Jepun. Tindakan bank pusat itu adalah dilihat bertepatan ke arah sasaran inflasi. Pada dagangan sesi Asia hari ini, pasaran memberi reaksi kurang selesa terhadap perkembangan perang dagang AS-China berikutan mesyuarat APEC yang baru sahaja berlangsung pada hujung minggu ini. Ditambah lagi dengan ketidaktentuan Brexit dalam pasaran, berkemungkinan para pelabur melihat sentimen dalam pasaran semasa akan kembali berisiko. Jika diteliti pergerakan harga pada chart USD/JPY pada dagangan Jumaat minggu lalu, harga telah membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot dan juga support pada indicator Moshed Magic Line di mana support MagicS3 hampir disentuh pada penurunan terendah harga sebelum menutup sesi dagangan pada paras sekitarnya.

Secara teknikal, harga dilihat bergerak agak perlahan membuat penurunan pada permulaan sesi Asia namun kemudian bergelut untuk cuba membuat kenaikan ke arah Magic Pivot 113.025. Harga dilihat masih bergerak di sekitar paras support 112.700 sehingga awal pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga dilihat kembali menyambung penurunan, jangkaan paras awal yang akan dituju harga adalah pada paras support 112.411 (MagicS1) sebelum penurunan yang diteruskan dijangka akan ke paras 112.020 (MagicS2). Seterusnya, harga yang meneruskan lagi penurunan dilihat akan menguji paras support pada 111.406 (MagicS3) yang mana paras ini telah diuji pada penurunan harga Oktober lalu.

Sebaliknya, jika USD berjaya didagangkan mengukuh berbanding Yen pada minggu ini, jangkaan awal kenaikan harga akan melepasi paras Magic Pivot hari ini sebelum menuju ke paras resistance yang terdekat iaitu pada 113.416 (MagicR1). Harga yang berjaya melonjak ke paras lebih tinggi seterusnya dilihat akan menuju ke paras resistance pada 114.030 (MagicR2) yang berada pada zon ketinggian harga minggu lalu. Dan sekiranya harga berjaya melepasi zon tersebut, kenaikan harga berpotensi untuk mencapai ke paras sekitar 114.421 (MagicR3).

Beri tumpuan terhadap sentimen semasa pasaran sepanjang minggu ini jika dagangan anda tertumpu pada chart USD/JPY dan lihat paras support dan resistance pada chart anda dengan berpandukan kepada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 112.411, 112.020, 111.406.

Paras resistance: 113.416, 114.030, 114.421.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat