Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 19/9/2018

315

Pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY semalam dilihat telah membuat kenaikan dari paras support MagicS1 terus ke paras resistance MagicR1 dan resistance MagicR2 dan hampir menyentuh paras resistance MagicR3 sebelum mula bergerak mendatar. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih didagangkan perlahan dan berada di atas paras resistance 112.200 dan julat pergerakan hari ini hanya sekitar 20 pips sahaja. Harga semasa di dagangkan pada 112.360 setakat jam 4.28 petang.

Pasaran masih tertumpu terhadap isu perang dagang membuatkan pergerakan harga sukar dijangka. Jika USD mula menguat selepas ini, jangkaan harga akan membuat kenaikan ke paras resistance 112.596 (MagicR1) dan seterusnya ke paras resistance 112.852 (MagicR2). Jika kenaikan harga masih diteruskan dan harga membuat Higher High yang baru, jangkaan paras yang berpotensi dicapai adalah pada paras resistance 113.322 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga membuat penurunan semula, berkemungkinan harga menguji kembali paras zon support sebelum ini di 111.800-111.700 di mana di situ juga terdapat paras support 111.870 (MagicS1). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga berpotensi untuk turun ke paras support 111.400 (MagicS2) atau lebih rendah lagi pada paras support 111.144 (MagicS3).

Sentiasa pantau sentimen pasaran semasa yang banyak mempengaruhi pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY ini. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, perhatikan paras-paras yang menjadi tumpuan harga dan terapkan pada analisis teknikal anda.

 

Paras support: 111.870, 111.400, 111.144.

Paras resistance: 112.596, 112.852, 113.322.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat