Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 20/9/2018

275

Pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY semalam dilihat agak mendatar dengan julat pergerakan sekitar 30 pips sahaja bagi kedua-dua matawang safe-haven itu. Harga dilihat bergerak di paras RBS (resistance become support) 112.200 berdekatan Magic Pivot semalam pada indicator Moshed Magic Line. Pada pasaran Asia hari ini, harga dilihat sedikit membuat penurunan dari paras Magic Pivot 112.281 melepasi resistance 112.200 dan beberapa kali cuba menembusi paras support 112.123 (MagicS1) namun tidak berjaya.

Harga dilihat kembali semula ke paras Magic Pivot di mana harga semasa didagangkan pada paras 112.240 setakat jam 4.27 petang. Jika harga membuat kenaikan, harga bakal menuju ke paras resistance 112.411 (MagicR1) iaitu paras Higher High yang dicapai semalam. Jika harga membuat Higher High yang baru pada hari ini, jangkaan harga akan ke paras resistance 112.569 (MagicR2) atau lebih tinggi iaitu pada resistance 112.699 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga membuat penurunan dan melepasi paras support MagicS1, harga dijangka akan menuju ke paras support 111.993 (MagicS2). Seterusnya, jika harga terus didagangkan lebih rendah, paras yang dilihat akan menjadi tumpuan harga adalah pada support 111.835 (MagicS3) di mana paras tersebut berada hampir dengan zon RBS (resistance become support) sebelum ini iaitu pada 111.800-111.700.

Sentimen pasaran semasa yang tidak menentu kebelakangan ini turut mempengaruhi pergerakan pada chart USD/JPY ini. Kawal posisi trading anda dan perhatikan paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line bagi memberi lebih idea kepada analisis harian anda.

 

Paras support: 112.123, 111.993, 111.835.

Paras resistance: 112.411, 112.569, 112.699.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat