Pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY pada pada dagangan Jumaat lalu dilihat agak mendatar dengan sentimen pasaran yang tidak menentu sejak beberapa minggu ini. Harga dilihat hanya bergerak di antara paras Magic Pivot dan resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line pada Jumaat berikutan pasaran dilanda kebimbangan oleh isu perang dagang yang masih berlarutan. Namun, sentimen pasaran dijangka akan kembali positif setelah China melaporkan berita berkenaan cadangan pemotongan cukai terhadap isi rumah di negara tersebut.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan dan sedikit menurun ke paras Magic Pivot 112.438 pada permulaan sesi namun harga kemudiannya telah membuat kenaikan dari paras Magic Pivot tersebut sehingga ke paras resistance 112.736 (MagicR1) dan dilihat masih menguji paras tersebut setakat jam 3.15 petang. Jika harga terus menyambung kenaikan yang dibuat, harga dijangka akan naik menguji paras resistance 112.951 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Seterusnya, harga yang berjaya breakout paras tersebut berkemungkinan menuju ke paras resistance yang lebih tinggi yang dilihat berada pada paras 113.249 (MagicR3).
Namun, tetap berwaspada jika harga membuat pergerakan sebaliknya. Jika harga kembali mengalami kejatuhan, paras awal yang dilihat menjadi destinasi harga adalah pada support 112.223 (MagicS1) yang berada lebih rendah dari paras Magic Pivot. Jika momentum penurunan harga berjaya dikekalkan, harga bakal membuat penurunan menuju ke paras 111.925 (MagicS2) sebelum penurunan seterusnya akan menjadi tumpuan pasaran di mana harga akan menguji paras 111.710 (MagicS3) iaitu zon major support yang belum berjaya harga tembusi sebelum ini.
Sentiasa mengikuti perkembangan sentimen pasaran yang tidak menentu yang sering mempengaruhi pergerakan harga dalam pasaran khususnya terhadap pasangan matawang safe-haven USD/JPY ini. Trade dengan berhati-hati dan lihat pada paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk rujukan tambahan anda.
Paras support: 112.223, 111.925, 111.710.
Paras resistance: 112.736, 112.951, 113.249.