Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 26/10/2018

255

Sentimen pasaran yang kembali pulih (risk-on) pada sesi dagangan semalam menunjukkan pergerakan menaik dibuat oleh harga pada chart pasangan matawang USD/JPY. Matawang Yen mula melemah berikutan pasaran kembali beralih ke arah aset berpulangan tinggi dan dilihat matawang Yen terus didagangkan lemah berbanding USD. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga membuat kenaikan dari paras support MagicS1 melepasi paras Magic Pivot dan menguji paras resistance MagicR1 namun gagal untuk membuat kenaikan ke paras lebih tinggi.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak mendatar pada permulaan awal sesi namun telah membuat sedikit penurunan melepasi paras Magic Pivot 112.306 hari ini di mana harga semasa didagangkan pada paras 112.180 setakat jam 3.01 petang. Jika harga terus membuat penurunan ekoran sentimen pasaran kembali berisiko, harga dilihat akan menuju ke paras support 111.932 (MagicS1) untuk menguji paras terendah dicapai semalam setakat minggu ini. Seterusnya jika harga pasaran yang berisiko kembali mengukuhkan semula matawang Yen, harga berpotensi untuk breakout paras 111.700 dan membuat paras lower low yang baru berkemungkinan ke paras support 111.446 (MagicS2). Dan, paras support pada 111.072 (MagicS3) dilihat akan menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya jika USD gagal menghalang momentum penurunan harga yang didominasi oleh Yen.

Sebaliknya, jika pergerakan harga menunjukkan lonjakan berlaku, berkemungkinan USD yang mengukuh semula mampu menolak harga ke paras lebih tinggi semula sehingga ke paras resistance 112.792 (MagicR1) sebelum harga cuba untuk menguji paras ketinggian minggu lalu pada 112.900. Jika harga mampu breakout paras tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 113.166 (MagicR2) sebelum kenaikan harga seterusnya dilihat akan menguji paras 113.652 (MagicR3) yang berada zon SBR (support become resistance).

Pasaran akan tertumpu pada data GDP di AS pada malam ini. Anda dinasihatkan supaya sentiasa peka dan beri tumpuan pada sentimen pasaran semasa yang tidak menentu ekoran beberapa isu global utama yang menjejaskan keyakinan para pelabur dalam pasaran. Bina strategi dagangan anda yang tersendiri dengan merujuk kepada indicator Moshed Magic Line sebagai panduan dalan analisis teknikal harian.

 

Paras support: 111.932, 111.446, 111.072.

Paras resistance: 112.792, 113.166, 113.652.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat