Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 26/12/2018

190

Perkembangan pada matawang safe-haven tumpuan, dollar USD terus didagangkan lemah berbanding Yen setakat dagangan Isnin di mana dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY, harga terus mencatatkan paras terendah yang baru. Harga telah membuat penurunan dan breakout paras support September sekitar 110.700, dan turun lebih rendah menuju ke paras support Ogos pada 110.00. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga yang didagangkan rendah dari paras Magic Pivot pada Isnin, telah turun melepasi ketiga-tiga paras support dan mencatatkan paras terendah harian sekitar 110.300.

Pada sesi pasaran Asia hari ini (Rabu), harga yang memulakan dagangan lebih rendah dari paras dagangan Isnin lalu dilihat telah membuat kenaikan pada awal sesi bermula menguji paras Magic Pivot 110.608. Namun harga gagal lepasi paras Magic Pivot tersebut sebelum kembali pantul membuat penurunan semula. Jika harga terus turun lebih rendah, harga bakal menguji paras support 110.042 (MagicS1) berhampiran paras support pada bulan Ogos lalu. Jika harga breakout paras tersebut dan turun lebih rendah, jangkaan paras yang bakal menjadi tumpuan harga adalah sekitar 109.680 (MagicS2) sebelum harga akan ke paras support lebih rendah sekitar 109.114 (MagicS3) sekiranya momentum penurunan harga berjaya dikekalkan.

Namun, jika harga kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga akan menguji paras resistance pada 110.970 (MagicR1) yang berpotensi untuk menjadi paras SBR (support become resistance) semasa pada chart USD/JPY. Kenaikan seterusnya akan menguji paras resistance sebelum ini di sekitar 111.536 (MagicR2) dan sedikit lagi kenaikan lebih tinggi bakal menyentuh paras resistance 111.898 (MagicR3).

Terus pantau sentimen pasaran semasa dan faktor-faktor yang menyumbang kepada perubahan sentimen dalam pasaran di mana akan memberi kesan terhadap pergerakan harga bagi matawang safe-haven khususnya pada chart USD/JPY. Tentukan paras support dan resistance yang terbaik pada chart USD/JPY berpandukan indicator Moshed Magic Line yang disediakan untuk kegunaan dalam analisis teknikal anda.

 

Paras support: 110.042, 109.680, 109.114.

Paras resistance: 110.970, 111.536, 111.898.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat