Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 28/1/2019

177

Secara teknikal, pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY pada minggu lalu secara keseluruhan agak mendatar di mana dagangan pada kedua-dua matawang dollar USD dan Yen seimbang. Harga dilihat menguji paras resistance pada paras harga 110.00 namun gagal membuat kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut. Bank of Japan (BoJ) seperti jangkaan terus mengekalkan dasar monetari yang longgar dan turut menurunkan unjuran kadar inflasi pada laporan minggu lalu. Pelabur di Jepun dilihat sebagai pelopor terhadap bon asing sejak beberapa minggu lalu yang menyumbang kepada permintaan dollar USD sekaligus menjelaskan ketidaksesuaian Yen sebagai pilihan dalam pasaran semasa walaupun risiko terhadap pertumbuhan ekonomi global terus membayangi sentimen pasaran. Pergerakan harga pada chart USD/JPY untuk dagangan Jumaat hanya dilihat bergerak di sekitar paras resistance MagicR1 sebelum turun ke paras sekitar Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line sebelum dagangan minggu lalu ditutup.

Pada sesi pasaran Asia dagangan Isnin pula, harga yang memulakan dagangan lebih rendah dari paras Magic Pivot 109.647 hari ini menunjukkan penurunan harga sehingga ke paras support 109.340 (MagicS1) dan menguji paras tersebut sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga kekal meneruskan penurunan, harga kemudiannya dilihat akan menuju pula ke paras sekitar support 109.143 (MagicS2) untuk harga menguji paras terendah dagangan minggu lalu yang turut dilihat berada pada zon RBS (resistance become support). Sekiranya harga masih mengekalkan momentum penurunan tersebut, harga bakal mencecah penurunan ke paras sekitar 108.836 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga kembali melonjak lebih tinggi dari paras Magic Pivot 109.647, harga berkemungkinan akan kembali membuat kenaikan semula dan paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada resistance 109.844 (MagicR1). Seterusnya, kenaikan harga yang diteruskan bakal menguji paras ketinggian pada resistance 110.00 yang gagal ditembusi pada dagangan minggu lalu sebelum meneruskan kenaikan ke paras sekitar 110.151 (MagicR2). Dan jika USD berjaya kekal mengukuh berbanding Yen, harga bakal mencapai paras ketinggian yang baru sehingga ke paras sekitar 110.348 (MagicR3).

Pantau sentimen pasaran semasa yang menggerakkan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY dan juga faktor-faktor yang mempengaruhinya. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line sebagai bantuan tambahan pada analisis teknikal anda untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 109.340, 109.143, 108.836.

Paras resistance: 109.844, 110.151, 110.348.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat