Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 30/11/2018

204

Matawang USD terus didagangkan berisiko dengan laporan ekonomi di Amerika Syarikat turut menunjukkan data yang bercampur-campur dan secara keseluruhannya adalah kurang memberangsangkan. Data yang menjadi tumpuan semalam iaitu indeks jualan rumah mencatatkan kejatuhan pada angka bacaan lebih rendah daripada bacaan sebelum ini. Hal ini dilaporkan adalah terkesan akibat kadar cagaran yang tinggi seterusnya mengurangkan kelompok pembeli dan dengan kata lainnya, kenaikan kadar faedah oleh FED memberi kesan tidak sihat kepada sektor perumahan. Kebimbangan pelabur terarah kepada pertemuan Trump dan Jinping pada hujung minggu ini dan isu perang dagang ini akan terus memberi kesan kepada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY. Dilihat pada pergerakan harga chart pasangan matawang USD/JPY semalam, harga telah membuat penurunan dari paras Magic Pivot seawal sesi pasaran Asia bermula sehingga harga melepasi paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line. Namun harga kembali bergerak sedikit tinggi semula dari paras support tersebut dan menutup dagangan sesi New York di sekitar paras itu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga yang memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 113.449 menunjukkan pergerakan menurun dan berlegar di bawah paras Magic Pivot tersebut bersambung sehingga ke sesi pasaran Eropah dibuka. Jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi semula, jangkaan harga akan membuat penurunan menuju ke paras support pada 113.206 (MagicS1) untuk menguji paras terendah harga semalam. Kemudiannya, penurunan harga dilihat akan menuju pula ke paras support yang berada lebih rendah iaitu sekitar 112.942 (MagicS2). Dan dilihat juga paras support pada 112.699 (MagicS3) bakal menjadi tumpuan jika harga masih meneruskan penurunan di mana paras tersebut gagal ditembusi ketika diuji pada dagangan minggu lalu.

Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 113.449, jangkaan harga akan menguji paras 113.713 (MagicR1) yang dilihat berada pada zon RBS (resistance become support) pada chart USD/JPY. Kenaikan harga seterusnya bakal menguji paras ketinggian harga yang dicatatkan pada dagangan Rabu lalu di sekitar resistance 113.956 (MagicR2) dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal menguji pula paras ketinggian seterusnya di paras 114.220 (MagicR3).

Terus pantau sentimen dalam pasaran semasa dan beri tumpuan juga pada perbincangan antara Trump dan Jinping pada pertemuan di Buenos Aires hujung minggu ini. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan tetap pada chart USD/JPY anda bagi mendapatkan analisis teknikal harian yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 113.206, 112.942, 112.699.

Paras resistance: 113.713, 113.956, 114.220.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat