Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 31/10/2018

280

Jika anda seorang penggemar pasangan matawang USD/JPY, anda akan mendapat sedikit gambaran berkenaan sentimen pasaran semasa dengan melihat pada pergerakan harga pada chart tersebut. Pergerakan harga yang membuat kenaikan menunjukkan matawang USD lebih mengukuh berbanding Yen disebabkan sentimen pasaran semasa berada dalam keadaan berisiko. Harga dilihat telah berjaya breakout paras ketinggian 112.900 dan mencapai paras higher high yang baru di mana jika dilihat berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga membuat kenaikan dari paras Magic Pivot sehingga mencapai paras resistance MagicR2 sebelum sesi pasaran New York ditutup awal pagi tadi. Namun, tumpuan terarah kepada penetapan dasar monetari oleh Bank of Japan (BOJ) pada jam 11 pagi ini yang mengekalkan dasar polisi sedia ada.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 112.853 hari ini kelihatan menyambung kenaikan dan menuju ke paras resistance 113.397 (MagicR1) serta telah bergerak lebih tinggi dari paras ketinggian harga semalam. Jika USD terus mengukuh berbanding Yen, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance seterusnya yang berada pada paras 113.706 (MagicR2) dan juga merupakan zon SBR (support become resistance). Lonjakan harga yang berterusan bakal melihatkan harga mencari paras ketinggian baru di sekitar paras 114.250 (MagicR3) yang berada pada resistance lebih tinggi.

Namun, sentimen pasaran yang tidak menentu memberikan kecederungan arah yang berbeza mengikut situasi semasa. Jika harga kembali mengalami kejatuhan dan bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 112.853, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada paras support 112.544 (MagicS1). Kemudiannya, harga akan meneruskan penurunan ke paras tumpuan harga iaitu pada paras support seterusnya yang berada pada 112.000 (MagicS2). Pasaran  juga akan tertumpu pada paras support 111.691 (MagicS3) yang dilihat sebagai salah satu paras yang berpengaruh dan berkemungkinan menjadi titik pertukaran arah harga.

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya lebih berwaspada dalam mengawal risiko ke atas setiap posisi dagangan anda terutamanya pada chart pasangan matawang USD/JPY ini. Teliti kesan terhadap pergerakan harga setelah pengumuman dasar monetari oleh BOJ yang mengekalkan dasar polisi sedia ada dan lihat paras-paras tumpuan harga pada chart USD/JPY dengan berpandukan indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 112.544, 112.000, 111.691.

Paras resistance: 113.397, 113.706, 114.250.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat