Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 4/1/2019

236

Setelah terjunan drastik sehingga lebih 200 pips pada awal pembukaan sesi dagangan Asia semalam pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY, harga sedikit pantul semula dan menunjukkan pergerakan yang sederhana di sekitar paras support MagicS2 dan support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line. Setelah data pekerjaan ADP yang dikeluarkan semalam mencatatkan peningkatan pada angka bacaan untuk bulan Disember, pergerakan harga dilihat kurang agresif seperti sebelum ini di mana para pelabur sedang menantikan laporan data pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam nanti.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat memulakan dagangan di paras lebih tinggi dari paras Magic Pivot 107.075 hari ini dan menunjukkan sedikit pergerakan menaik dan kembali bergerak perlahan menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Harga yang terus membuat kenaikan dijangka akan menuju ke paras resistance pada 109.425 (MagicR1). Kemudian, momentum pergerakan harga yang besar sebelum ini bakal menyokong harga untuk melonjak pula ke paras resistance yang berada di paras sekitar 111.221 (MagicR2). Jika lonjakan harga masih berterusan, harga mampu mencapai kenaikan sehingga ke paras ketinggian pada resistance 113.571 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga kembali didagangkan lebih rendah semula dari paras Magic Pivot 107.075, paras awal penurunan adalah dilihat menuju ke paras support 105.279 (MagicS1) untuk harga kembali menguji paras terjunan yang dicecah semalam. Jika harga berjaya turun lebih rendah dari paras tersebut, harga dijangka akan meneruskan penurunan ke paras sekitar 102.929 (MagicS2) dan seterusnya ke paras lebih rendah iaitu pada support 101.133 (MagicS3) sebagai destinasi tumpuan harga pada chart USD/JPY sekaligus mencatatkan paras terendah yang baru.

Terus beri perhatian terhadap faktor-faktor yang mendorong kepada perubahan pada sentimen pasaran semasa yang sentiasa memberi kesan terhadap nilai matawang safe-haven dan juga pergerakan harga pada chart USD/JPY. Jangkaan laporan pekerjaan NFP untuk malam ini akan turut memberi impak besar terhadap USD/JPY. Jadikan indicator Moshed Magic Line untuk anda menentukan paras tumpuan harga pada chart USD/JPY supaya lebih mudah untuk anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

 

Paras support: 105.279, 102.929, 101.133.

Paras resistance: 109.425, 111.221, 113.571.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat