Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 5/12/2018

244

Pergerakan harga pada chart pasangan safe-haven US/JPY menunjukkan penurunan sepanjang hari sekitar 90 pips dari paras Magic Pivot sehingga melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line semalam. Sentimen pasaran semasa yang tidak memihak kepada kedua-dua matawang dollar USD dan Yen melihatkan harga didagangkan lemah sehingga harga turun lebih rendah menguji paras support 112.700 pada chart USD/JPY sebelum menutup dagangan sesi New York di paras sekitarnya. Walaupun sentimen semasa pasaran dilihat kembali berisiko dan memberi kelebihan kepada matawang safe-haven tersebut, namun USD gagal mengukuhkan nilai matawangnya ekoran terkesan daripada kemerosotan pada hasil pulangan bon Amerika Syarikat yang menimbulkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat membuat kenaikan dari paras support 112.700 sehingga ke paras Magic Pivot 112.993 dan menguji paras itu menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga terus membuat kenaikan, harga dijangka akan menuju ke paras resistance pada 113.419 (MagicR1). Seterusnya, lonjakan harga seterusnya berkemungkinan berpotensi mencapai paras resistance 114.074 (MagicR2) untuk harga menguji zon ketinggian semasa harga pada chart USD/JPY ini. Dan sekiranya harga berjaya menembusi paras tersebut, harga bakal mencari paras ketinggian yang baru ke paras sekitar 114.500 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, penurunan awal harga dilihat akan ke paras support semasa pada chart USD/JPY yang gagal ditembusi pada November lalu di sekitar 112.338 (MagicS1). Penurunan harga lebih rendah melepasi paras tersebut dijangka akan menuju pula ke paras support 111.912 (MagicS2) sebelum harga yang terus mengalami kejatuhan ke paras lebih rendah boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 111.257 (MagicS3).

Terus perhatikan faktor-faktor yang mempengaruhi sentimen semasa dalam pasaran di mana akan memberi kesan kepada pergerakan harga pada chart USD/JPY. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan untuk mendapatkan hasil analisis teknikal yang lebih berkualiti setiap hari.

 

Paras support: 112.338, 111.912, 111.257.

Paras resistance: 113.419, 114.074, 114.500.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat