Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 7/12/2018

214

Matawang USD terus didagangkan lemah berbanding Yen pada pada dagangan semalam jika dilihat pada pergerakan harga chart USD/JPY di mana harga telah ditekan dari paras Magic Pivot sehingga hampir menyentuh paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Setelah harga gagal menembusi paras support 112.300, harga kembali membuat kenaikan ke paras SBR (support become resistance) di 112.700. Pengukuhan Yen turut disumbang oleh faktor pasaran yang berisiko dengan laporan terbaru berkenaan penahanan CFO syarikat teknologi gergasi di China, Huawei akan menjurus kepada ketegangan perang dagang semula. Perkembangan di Jepun pula, Gabenor Bank of Japan (BoJ) dalam persidangan Parlimen pada Jumaat mengatakan bank pusat tidak perlu lagi untuk melanjutkan pelonggaran polisi kewangan.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan di sekitar paras Magic Pivot 112.688 dilihat telah membuat kenaikan menuju ke paras resistance 113.156 (MagicR1). Kenaikan lebih tinggi lagi dijangka pula akan menguji paras resistance pada 113.670 (MagicR2) yang telah diuji pada dagangan Isnin lalu. Dan jika harga masih meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, paras resistance pada 114.138 (MagicR3) berkemungkinan akan menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya dan cuba mengatasi ketinggian harga pada dagangan November lalu.

Namun jika harga kembali bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini dan menyambung penurunan semalam, harga bakal menuju ke paras support 112.174 (MagicS1) untuk cuba mengatasi paras terendah harga pada dagangan semalam. Penurunan harga melepasi paras tersebut bakal mencatatkan paras terendah yang baru ke sekitar support 111.706 (MagicS2). Dan sekiranya harga masih turun lebih rendah dari paras tersebut, jangkaan paras yang berkemungkinan dicecah harga adalah di sekitar 111.192 (MagicS3).

Anda dinasihatkan supaya mengawal risiko dagangan anda dalam suasana sentimen pasaran yang tidak menentu serta pergerakan harga yang sukar dijangka menjelang laporan data pekerjaan NFP pada malam ini. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line untuk mendapatkan paras-paras terbaik khususnya pada chart USD/JPY anda supaya analisis teknikal anda bertambah kualiti.

 

Paras support: 112.174, 111.706, 111.192.

Paras resistance: 113.156, 113.670, 114.138.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat