Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 8/10/2018

377

Pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY pada dagangan Jumaat lalu dilihat agak sederhana di mana ketika data pekerjaan NFP dikeluarkan, harga dilihat sedikit melonjak ke paras Magic Pivot dan tidak berjaya melepasi paras tersebut sebelum membuat penurunan semula menuju ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia hari ini dibuka, harga didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot 113.786 pada awalnya dan kemudian harga bergerak membuat kenaikan lebih tinggi sehingga hampir menyentuh paras resistance 114.008 (MagicR1) sebelum kembali semula ke paras Magic Pivot. Jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras resistance MagicR1, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 114.331 (MagicR2) atau seterusnya menguji paras resistance 114.553 (MagicR3) yang dilihat berada di zon paras ketinggian harga yang dicapai pada Khamis lalu.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 113.786 hari ini, harga dijangka akan turun ke paras support 113.463 (MagicS1). Seterusnya, paras support 113.241 (MagicS2) dilihat sebagai paras yang menjadi tumpuan jika harga masih meneruskan penurunan. Dan, jika harga masih membuat penurunan dan berjaya breakout paras RBS (resistance become support) pada 113.000, jangkaan harga akan mencecah paras support pada 112.918 (MagicS3).

Pantau sentimen pasaran semasa yang banyak mempengaruhi pergerakan harga bagi pasangan matawang safe-haven ini. Berpandukan indicator Moshed Magic Line, sesuaikan paras-paras yang terbaik untuk setiap posisi trading anda.

 

Paras support: 113.463, 113.241, 112.918.

Paras resistance: 114.008, 114.331, 114.553.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat