Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 9/1/2019

267

Walaupun matawang USD menunjukkan kenaikan nilainya berbanding matawang utama yang lain, namun masih gagal untuk memberi tekanan terhadap Yen di mana jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY untuk sesi dagangan semalam, harga membuat kenaikan dari paras Magic Pivot menuju ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Namun harga yang menguji paras tersebut beberapa kali kemudiannya kembali ditekan semula ke paras Magic Pivot semalam.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga didagangkan di sekitar paras Magic Pivot 108.742 hari ini dan menghampiri paras resistance 109.052 (MagicR1) namun masih menunjukkan pergerakan perlahan sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya melonjak melepasi paras resistance MagicR1 harga bakal menguji paras tumpuan harga pada 109.398 (MagicR2). Pergerakan yang diteruskan harga ke paras lebih tinggi berkemungkinan akan menyentuh pula paras resistance yang berada pada 109.708 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, penurunan awal harga dilihat akan menuju ke paras support terdekat iaitu pada 108.396 (MagicS1). Kemudian, harga yang meneruskan penurunan akan menguji pula paras support pada 108.086 (MagicS2) yang diuji pada awal dagangan minggu ini. Seterusnya, jika harga masih ditekan ke paras lebih rendah lagi, harga dilihat akan menuju pula ke paras support seterusnya pada paras sekitar 107.740 (MagicS3).

Kawal risiko dalam dagangan anda lebih-lebih lagi menjelang penetapan kadar faedah pada mesyuarat FOMC Khamis ini. Pantau juga perubahan pada sentimen dalam pasaran yang turut mempengaruhi pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indikator tambahan tetap dalam analisis teknikal harian anda untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 108.396, 108.086, 107.740.

Paras resistance: 109.052, 109.398, 109.708.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat