Analisis WTO Terhadap Ketegangan Perdagangan Yang Semakin Memuncak

437

Pada hari Rabu, World Trade Organization (WTO) telah mengeluarkan laporan tentang sekatan perdagangan dalam kalangan negara-negara G20. WTO melihat bahawa sekatan perdagangan yang didirikan oleh ekonomi utama dapat menjejaskan pemulihan ekonomi global dan kesannya sudah mulai kelihatan.

“Peningkatan ketegangan perdagangan yang berterusan ini dapat menimbulkan ancaman serius terhadap pertumbuhan dan pemulihan ekonomi di semua negara. Kini kita telah mula dapat melihat tanda-tanda ” kata Ketua Pengarah WTO, Roberto Azevedo dalam satu kenyataan.

Berdasarkan penunjuk tinjauan perdagangan suku tahunan WTO yang dikeluarkan pada bulan Mei menunjukkan perdagangan akan tumbuh lebih perlahan pada suku kedua daripada yang pertama.

Salah satu komponen komposit penunjuk hadapan itu adalah data pengangkutan udara antarabangsa dari Persatuan Pengangkutan Antarabangsa (IATA), yang dikeluarkan pada bulan Mei pada hari Rabu.

IATA berkata permintaan kargo udara dijangka berkembang dengan “sederhana 4.0 peratus” pada 2018, kurang daripada 4.5 peratus yang diramalkan pada bulan Disember.

Kami masih menjangkakan permintaan akan bertambah, namun dengan peningkatan tarif akan menghambat jangkaan tersebut – kata Ketua Pengarah IATA Alexandre de Juniac dalam satu kenyataan.

Analisis WTO mendapati negara-negara G20 memperkenalkan 39 sekatan perdagangan baru antara pertengahan Oktober tahun lepas dan pertengahan Mei tahun ini, dua kali ganda daripada kadar sebelumnya dan hal ini telah menjejaskan perdagangan besi dan keluli, plastik dan kenderaan.

Walaubagaimanapun, WTO tidak menyebut mana-mana negara tertentu, tetapi sejak permulaan tahun ini Presiden U.S. Donald Trump telah melancarkan beberapa siri tarif sebagai hukuman perdagangan yang tidak adil kepada sekutu ekonominya.

Ketidakpastian ini yang kebanyakkan didorong oleh sekatan perdagangan boleh menyebabkan pemulihan ekonomi semakin sukar, kata laporan WTO. Justeru ekonomi G20 perlu menggunakan semua cara untuk memperbaiki situasi dan mempromosikan pemulihan perdagangan lebih banyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat