Analisis XAU/USD – GOLD Berehat Selepas Penat Buat Terjunan

1,371

Selepas terjunan drastik harga emas pada awal minggu ini susulan berita berkenaan ujian keberkesanan vaksin, pergerakan harga mula dilihat mendatar.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur pergerakan harga emas, selepas mencecah ke paras terendah terjunan pada 1850.00, harga mula dilihat bergerak membuat kenaikan semula.

Namun harga kekal berada di bawah paras harga 1900.00 yang masih memberi isyarat trend bearish.

Selepas reaksi awal pelabur terhadap laporan vaksin berkenaan, pelabur berkemungkinan kembali berwaspada menantikan perkembangan lanjut vaksin sama ada sudah hampir tersedia untuk digunakan umum.

Momentum positif tersebut kembali dipudarkan dengan kebimbangan berterusan pelabur terhadap angka kes jangkitan harian pandemik yang terus meningkat.

Walaupun vaksin dikhabarkan akan tersedia seawal Disembar, namun masih terdapat ketidakpastian seperti isu pengeluaran, bekalan dan pengagihan. Pelabur juga mengharapkan laporan ujian penghasilan vaksin yang lain turut positif dalam masa yang terdekat ini.

Jika sentimen terus positif dan keyakinan pelabur meningkat, aset safe-haven seperti emas dijangka akan terus mengalami penyusutan.

Harga emas boleh turun semula ke paras sokongan 1850.00 ataupun lebih rendah lagi menuju zon harga 1800.00.

Namun, berwaspada jika berlaku kenaikan harga semula. Paras 1900.00 akan menjadi rintangan dan jika harga berjaya menembusinya, zon tumpuan lebih tinggi seperti 1910.00 dan 1938.00 akan kembali menjadi destinasi sasaran harga.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat