Analisis XAU/USD – GOLD Menuju Ke Puncak!

1,424

500 pips lonjakan harga pada carta XAU/USD menunjukkan peningkatan ketara nilai emas dalam pasaran. Situasi tersebut memberikan kejutan namun dalam masa yang sama menggemberikan para pelabur emas.

Kenaikan nilai logam kuning berharga itu didorong oleh penyusutan nilai US dolar dalam pasaran selepas mata wang tersebut mengukuh pada permulaan acara undian pilihan raya. Pelabur berkemungkinan mengambil keuntungan pada posisi terdahulu sementara menantikan keputusan rasmi siapakah yang bakal menakluki White House.

Pada carta XAU/USD, harga telah pamerkan kenaikan sehingga mencapai paras ketinggian 1952.00 di penghujung sesi New York sebelum susut sedikit pada sesi Asia hari ini.

Penurunan harga di sesi Asia dilihat menguji paras 1938.00 yang menjadi zon resistance harga sebelum ini dan mula menunjukkan kenaikan semula di sesi Eropah.

Kenaikan harga dijangka akan ke paras lebih tinggi melepasi zon resistance 1952.00 berikutan jangkaan untuk US dolar kekal lemah menjelang laporan data pekerjaan NFP AS di sesi New York sebentar nanti.

Laporan data pekerjaan NFP untuk bulan Oktober dijangka memberikan bacaan yang bercampur di antara data pertambahan pekerjaan dengan kadar pengangguran.

Kenaikan lebih tinggi harga dilihat bakal menuju ke paras ketinggian pada sekitar 1970.00 yang menjadi paras rintangan harga pada dagangan September lalu.

Namun jika penurunan harga berlaku di bawah paras 1938.00 semula, zon RBS (resistance become support) pada 1910.00 akan menjadi tumpuan harga seterusnya.

Penurunan di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) untuk pergerakan rangka masa 1 jam di carta XAU/USD akan memberi isyarat awal trend bearish.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat