Analisis XAU/USD – Harga Emas Mendatar Selepas Menjunam $100!

618

Sentimen berisiko pasaran di awal minggu ini memberi kelebihan kepada US dolar untuk mengekalkan pengukuhannya sebagai mata wang safe-haven.

Ini juga akan mengekalkan momentum US dolar yang berjaya mendominasi semula dalam pasaran setelah bacaan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang mengejutkan dengan bacaan yang kukuh berbanding ramalan.

Kesan pengukuhan US dolar dilihat memberi tekanan kepada dagangan komoditi emas apabila harga telah memaparkan terjunan sehingga $100 sejak minggu lalu.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga telah mencapai zon 1950.00 pada minggu lalu.

Namun harga gagal bertahan lama di paras ketinggian tersebut sebelum pelabur terpaksa akur dengan kerugian yang dialami kembali.

Harga emas telah terjun melepasi dua zon kritikal iaitu pada 1900.00 dan juga 1870.00.

Namun bersambung pada dagangan awal minggu semalam, harga emas dilihat berlegar perlahan di zon 1870.00 sehingga ke hari ini (Selasa).

Walaupun mendatar, harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu kekal memberi isyarat pergerakan trend bearish.

Harga emas berkemungkinan dijangka susut lebih rendah dengan sasaran terendah terbaru adalah menuju 1830.00.

Malah harga boleh jatuh lebih rendah hingga mencecah ke sekitar 1800.00 sekiranya US dolar terus mengekalkan pengukuhannya.

Namun jika situasi berubah, lonjakan harga emas bakal berlaku semula dengan paras terhampir untuk dicapai adalah pada 1900.00 terlebih dahulu.

Seterusnya, pendakian akan diteruskan untuk mencapai semula zon rintangan 1950.00 sebelum mengatasi rekod ketinggian minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat