Analisis XAU/USD – Mampukah Harga Emas Melonjak Semula Minggu Ini?

910

Dagangan emas bergerak stabil pada awal minggu selepas pasaran menyaksikan penurunan semula harga di bawah paras $1900.

Faktor penurunan kekal ditekan oleh pengukuhan US dolar dengan permintaan yang meningkat ekoran sentimen pasaran kekal berisiko menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) minggu ini.

Diperhatikan pergerakan harga emas pada carta XAU/USD, penurunan harga minggu lalu mencatatkan paras terendah 4 minggu mencecah sekitar 1860.00 sebelum kenaikan kembali dipamerkan pada Jumaat lalu melepasi paras tumpuan 1875.00.

Kembali membuka dagangan minggu ini di sekitar paras 1875.00 di awal sesi Asia, harga yang meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam telah memperlihatkan harga membuat kenaikan namun masih belum mencapai paras ketinggian Jumaat lalu setakat sesi Eropah.

Pelabur kekal berhati-hati terhadap perkembangan isu-isu penting dalam pasaran di samping pilihan raya Presiden yang dijangka akan memberi impak besar terhadap pergerakan harga.

Untuk sementara itu, harga emas dijangka akan bergerak perlahan di atas paras 1875.00 dan jika kenaikan berlaku, paras penting 1900.00 akan bertindak sebagai paras rintangan harga.

Namun jika harga terus jatuh lebih rendah, sasaran penurunan seterusnya adalah dilihat pada sekitar 1850.00 yang telah diuji pada dagangan September lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat