Ancaman ‘Government Shutdown’ Oleh Trump Menyebabkan Pasaran US Dibuka Rendah

182

Pasaran saham Amerika Syarikat dalam dagangan awal merekodkan kejatuhan disebabkan perkembangan politik di US yang meningkatkan kebimbangan terhadap terjadinya ‘Government Shutdown‘.

Wallstreet ketika ini secara keseluruhan didagang lebih rendah, dengan S&P500 susut 0.31%, Dow Jones susut 0.28% dan Nasdaq susut 0.32% setakat pukul 10.25 malam. Walaupun, Wallstreet ditutup lebih tinggi dalam sesi Selasa dengan kenaikan signifikan sehingga merekod kenaikan 1.40%, namun komen oleh Presiden Trump menekan semula pasaran ekuiti di US.

Dalam ucapannya di Phoenix, Trump menunjukkan kemungkinan penutupan kerajaan (government shutdown) untuk mendapatkan dana pembinaan tembok sempadan dengan Mexico.

Hal ini bukan sahaja menyebabkan kejatuhan pasaran saham, ia juga turut menyebabkan kejatuhan US dolar berbanding matawang-matawang utama dunia khususnya aset safe-haven Yen, Swissy dan emas.

Trump juga memberi amaran untuk menamatkan perjanjian NAFTA bersama Mexico dan Kanada yang telah menyebabkan kejatuhan matawang CAD dan Mexican peso berbanding US dolar pada sesi Selasa.

Pasaran saham US menamatkan sesi dagangan Selasa lebih tinggi di mana tiga indeks utama di Wallstreet merekod kenaikan signifikan dengan perkembangan terbaru menunjukkan harapan terhadap reformasi percukaian di Amerika Syarikat.

Dengan ancaman terbaru oleh Trump ini telah menyebabkan peningkatan risiko di pasaran apabila kita melihat kejatuhan Wallstreet hari ini walaupun mengaut keuntungan yang signifikan pada Selasa. Hal ini juga menyebabkan kejatuhan dalam hasil-bon 10 tahun Amerika Syarikat sekaligus menyokong komoditi emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat