Ancaman Ketika Krisis Pandemik, Pengarah WHO Terima Ugutan Bunuh

642

Tidak cukup dengan berita Presiden Trump mahu menyekat dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengarah WHO iaitu Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata beliau telah menerima beberapa ugutan bunuh dan kutukan berunsur rasis sepanjang mengetuai usaha organisasi itu dalam mengawal wabak pandemik coronavirus.

Menerusi CNBC, beliau meluahkan bahawa ugutan peribadi berbaur hinaan dan pembunuhan keatasnya itu telah berlaku selama lebih daripada dua hingga tiga bulan. Ugutan tersebut termasuklah berbentuk ugutan penderaan serta komen berunsurkan rasis kepada individu berkulit gelap.

Tedros turut mendedahkan bahawa tiga bulan yang lalu ugutan tersebut dipercayai dihantar dari Taiwan. Beliau turut menjelaskan bahawa Taiwan telah mula mengkritiknya secara terbuka.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh saintis menerusi TV Perancis pada Isnin lalu, ketika membincangkan untuk mengalihkan percubaan vaksin di Eropah dan Australia ke Afrika.

Beliau menganggap kenyataan yang dibuat – artifak ‘mentaliti kolonial’ itu sebagai satu penghinaan kepada kesemua masyarakat berkulit hitam.

Walaupun ugutan tersebut begitu ekstrem, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak tergugat. Sebaliknya, beliau meminta semua masyarakat seluruh negara untuk bersatu hati dan bukan saling menunding jari menyebarkan kebencian.

Ketika dunia mencatatkan kes Covid-19 yang kian meningkat sebanyak 1.5 juta kes dengan kematian sebanyak 88, 495, Tedros mengetepikan ugutan peribadi yang diterimanya.

“Bersatulah demi negara tanpa melibatkan isu politik. Fokus kepada solidariti secara jujur dan telus demi seluruh dunia. Amerika Syarikat dan China juga perlu bersatu dan membantu mencegah ‘musuh’ utama ini,” ujarnya dalam pertemuan di Geneva.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat