Ancaman “Super Virus”, Sentimen Pasaran Terus Berisiko!

491

Menuju minggu terakhir bagi bulan Januari, pasaran terus berisiko dengan ancaman “super virus” yang sedang menyerang dunia. Bahkan ekonomi dan pasaran kewangan turut terjejas.

Matawang Yuan China terus mengalami kejatuhan ke paras terendah 1 bulan pada Selasa dengan kebimbangan yang semakin meningkat akan menjejaskan aset yang berisiko.

Sementara dagangan safe-haven Yen mencatatkan peningkatan ke paras tertinggi 3 minggu berbanding US dolar ekoran mendapat permintaan dalam sentimen pasaran yang berisiko di mana kini wabak Coronavirus dilaporkan telah mengorbankan 81 nyawa.

Saham global dan harga minyak turut goyah untuk dagangan beberapa sesi terbaru berikutan virus yang menyebabkan kerosakan kritikal terhadap ekonomi China sebagai salah satu nadi pertumbuhan global.

Pihak berkuasa China dilaporkan sedang giat mempertingkatkan usaha untuk menghalang penyebaran wabak tersebut dengan lebih meluas dengan menyekat pergerakan dari luar negara mereka. Kebanyakan bandar-bandar utama di pusat daerah Hubei, lokasi yang dipercayai wabak mula menular, telah pun disekat.

Dagangan dolar Australia dan dolar New Zealand yang sensitive terhadap perdagangan serta ekonomi China turut menunjukkan penurunan yang jelas pada carta harga untuk dagangan minggu ini.

Dagangan Aussie pada sesi Asia hari ini turut diberi tekanan oleh data keyakinan perniagaan oleh National Australia Bank (NAB) yang mencatatkan bacaan menurun ke paras terendah sejak pertengahan 2013.

Dagangan NZD/USD mencatatkan penurunan ke paras terendah sejak Disember 2019 sementara dagangan AUD/USD ke paras terendah 3 bulan sejak Oktober.

Pasaran akan turut memberikan tumpuan terhadap data inflasi Australia pada Rabu dan seterusnya mesyuarat FOMC dan mesyuarat dasar monetari Bank of England (BOE) pada Khamis.

Pound Sterling kini mula menunjukkan penurunan menjelang mesyuarat BOE, selepas pengukuhan dipamerkan pada minggu lalu berikutan disokong oleh data-data ekonomi UK seperti laporan pekerjaan dan sentimen keyakinan perniagaan yang positif.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat