Ancaman Varian Delta, Pentadbiran Biden Dedahkan Program Suntikan Dos Ketiga!

793

Laporan terkini menunjukkan Amerika Syarikat akan mula memperluaskan suntikan vaksinasi pada bulan hadapan berdasarkan pengumuman pegawai kesihatan A.S dalam satu kenyataan bersama pada hari Rabu.

Menurut beberapa orang penting dalam pentadbiran kesihatan berpendapat ‘ data yang tersedia menjelaskan dengan jelas bahawa perlindungan terhadap jangkitan SARS-CoV-2 mulai berkurang dari waktu ke waktu setelah diberi suntikan vaksinasi dan hal ini harus diperluaskan agar ia dapat mendorong penurunan kes penyakit lain.’

Agensi A.S sudah bersedia untuk menawarkan suntikan vaksinasi kepada semua rakyat Amerika yang layak bermula 20 September. Dalam masa yang sama, mereka yang menerima vaksinasi Johson & Johnson berkemungkinan memerlukan suntikan tambahan (dos ketiga).

Presiden Joe Biden dijangka berbicara mengenai usaha A.S. ini selepas taklimat Rumah Putih. Keputusan untuk meningkatkan suntikan vaksinasi hadir ketika kekhuatiran masyarakat terhadap varian delta dan peningkatan kes jangkitan.

Dr Fauci mengatakan pada hari Khamis bahawa setiap orang “kemungkinan besar” memerlukan dos ketiga. Hal ini adalah sebagai langkah pencegahan kerana kombinasi varian delta berpotensi mendatangkan risiko walaupun mereka yang sudah menerima dua dos suntikan.

Tamsilnya, setelah suntikan dos ketiga mendapat persetujuan, pekerja barisan hadapan, penyedia perkhidmatan kesihatan dan golongan berumur yang mendapat vaksin pada bulan Disember dan Januari akan menjadi keutamaan untuk dos ketiga.

Percepatan proses vaksinasi yang efektif akan mendorong pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan risiko penyakit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat