Anchorage Rasmi Sebagai Bank Kripto Nasional Pertama Di AS

615

Firma penyedia perkhidmatan matawang digital, Anchorage pada hari ini telah menerima piagam bank nasional daripada Pejabat Pengawas Mata Wang (OCC).

Ini menjadikan Anchorage sebagai bank aset digital berkanun pertama di Amerika Syarikat yang menerima piagam tersebut dari OCC.

Pemberian piagam ini merupakan sebahagian daripada idea “piagam fintech” yang diusahakan sejak pentadbiran Barrack Obama dan dipergiatkan lagi di bawah pentadbiran pengerusi OCC, Brian Brooks.

Dilaporkan Anchorage telah membuat permohonan piagam pada hujung tahun 2020 dengan alasan sektor kripto memerlukan perkhidmatan sub-jagaan yang mana membolehkan bank konvensional menawarkan perkhidmatan Anchorage kepada pelanggan.

Walaupun Kraken dan Avanti terlebih dahulu menerima piagam dari daerah Wyoming, berbeza dengan piagam yang diluluskan oleh OCC, Anchorage boleh menjalankan perniagaan di seluruh AS tanpa sempadan.

Ketika Brooks dikritik kerana menfokuskan sektor kripto, ketua OCC itu menjangkakan protokol DeFi mungkin juga akan diberikan piagam persekutuan.

Paxos dan BitPay juga turut dilaporkan membuat permohonan kepada OCC untuk menjadi bank nasional. Bagaimanapun, wakil OCC tidak memberi sebarang komen lanjut mengenainya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat