Jawab 5 Soalan Ini Dengan Yakin? Maka Anda Boleh Jadi Seorang FTT

3,373

Jika ditanyakan kepada semua trader kenapa nak trade, rata-rata akan menjawab kerana mahukan kebebasan.

Kebebasan masa dan kewangan yang dicari-cari. Ramai yang mahu jadi seorang trader sepenuh masa dari rumah sahaja.

Apakah yang perlu dipertimbang sekiranya mahu jadi seorang FTT daripada seorang yang mempunyai kerja 9-5?

Cabaran menjadi seorang FTT memang sangat banyak dan ramai yang tidak melihat perkara ini secara realistik,ramai juga yang hanya berangan-angan namun tidak berusaha ke arah itu.

Kami senaraikan 5 soalan untuk anda tanya diri anda sebelum anda hantar surat perletakan jawatan kepada boss anda untuk menjadi seorang trader sepenuh masa.

1. Adakah anda seorang pengambil risiko?

Pertama, adakah anda betul-betul nak jadi seorang trader sepenuh masa? Mengalami loss, drawdowns malah langsung tidak menjada pendapatan dalam masa sebulan akan dilalui sebagai seorang FTT.

Trading sebenarnya boleh dikaitkan dengan keusahawanan, yang mana anda tak boleh tetapkan berapa keuntungan sebulan dan berapa wang yang akan hilang daripada akaun anda.

Tidak ramai yang mampu mengambil risiko menghadapi ketidakpastian seperti itu.

2. Adakah akaun trading anda cukup besar?

Hanya dengan akaun trading yang cukup besar sahaja membolehkan anda jadi seorang FTT.

Penting untuk anda tahu prestasi trading anda, berapa banyak keuntungan yang boleh diraih sebulan daripada trading.

Setelah angka tersebut boleh dianggarkan, maka jadikannya sebagai matlamat pendapatan anda.

3. Adakah anda perlu withdraw setiap bulan?

Bagaimanakah anda strukturkan akaun trading anda, perbelanjaan dan simpanan? Berapa kalikah anda withdraw untung yang anda dapat?

Jika sebulan anda berjaya meraih $400 sebulan dan anda terpaksa withdraw semua untuk perbelanjaan, maka makin lambat lagi akaun anda aka berkembang.

Jadi rancang bagaimana untuk membesarkan akaun tersebut dan jaga kewangan anda.

4. Apakah motivasi anda untuk berjaya?

Kenapa nak trade? Kenapa nak buat duit dari rumah? Mesti ada jawapan yang sangat jelas.

Mungkin sebab keluarga? Sebab kepuasan diri? Macam-macam sebab lagi boleh menjadi motivasi anda untuk berjaya sebagai FTT.

Ingat, anda kena pam motivasi setiap hari. Elakkan daripada lemau. Kerana setelah menjadi seorang FTT, jika anda lemau, profit anda juga bakal lemau dan ini sangat berbahaya.

5. Sudah berapa lama dalam dunia trading?

Pengalaman adalah guru terbaik seseorang dalam hidup dan adakah anda mempunyai pengalaman yang cukup untuk menjadi FTT?

Ramai yang kecundang awal, kerana pengalaman yang tidak mencukupi namun terlalu gelojoh mahu berhenti kerja akibat beginner’s luck menyebabkan mereka terkontang kanting. Elakkan!

Ilmu di dada yang cukup disertakan dengan pengalaman akan membantu anda untuk menjadi FTT berjaya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat