Anda Curiga? Ini Pengganti CEO Terraform Labs Do Kwon!

358

“Harapnya CEO baru ni lebih berkaliber daripada Do kwon la, takut perangai sama je nanti.”

Terraform Labs semalam dilaporkan melantik pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara setelah Do Kwon iaitu individu di sebalik kejatuhan Terra Classic (LUNC) meletakkan jawatannya pada 31 Mac 2023.

Chris Amani, bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Terraform Labs yang akan menjawat jawatan CEO sementara tersebut ditugaskan untuk mempercepatkan operasi firma blockchain itu yang masih berada dalam krisis.

Suka dimaklumkan Amani mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan syarikat teknologi global kerana beliau bukan sahaja pernah berkhidmat sebagai CEO di Humanity malah menjadi pengarah di MongoDB, Electronic Arts dan Zynga.

Memang tidak dinafikan 2023 adalah tahun mencabar untuk Terra apabila nilai UST semakin berkurangan, tetapi komunitinya tetap bersemangat untuk membangunkan semula Terra tanpa stablecoin itu, ulas Amani.

Walaupun komuniti mungkin menghadapi pelbagai cabaran semasa proses tersebut, Amani berkata bahawa pasukan Terra mempunyai visi yang sangat jelas untuk mengembangkan lagi firmanya dalam dunia Web3.

Umum mengetahui perniagaan Terra pada masa ini didapati berjalan seperti biasa walaupun Kwon dipenjarakan, di mana firma blockchain tersebut kini mempunyai 40 pekerja baharu termasuk 15 kakitangan lama.

Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan pula masih sedang mencari ekstradisi Kwon yang telah meletak jawatan sebagai CEO Terra selepas ditahan pihak berkuasa di Montenegro.

Setakat penulisan, harga LUNC menjunam sebanyak 2.45% pada paras $0.0000874 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $507 juta namun tetap merekodkan lonjakan sekitar 4.61% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat