Anda Pelabur Kripto Berani Mati? Teliti Kajian Ini!

902

Kajian terbaru dari Bank for International Settlements (BIS) mendedahkan sebab pelabur runcit berani melabur sejumlah besar wang mereka ke dalam kripto semasa pasaran berada dalam keadaan tidak menentu.

Dengan menganalisis purata penggunaan harian aplikasi pertukaran kripto di 95 negara, ia berlangsung sekitar  tahun iaitu dari tahun 2015 hingga 2022.

Berdasarkan kajian itu, peningkatan penggunaan Bitcoin (BTC) berlaku susulan pelabur berminat terhadap kenaikan harga yang dilakukannya sebelum ini.

Ujar penulis kajian BIS, kebanyakan pelabur lebih berminat berdagang BTC semasa harga melakukan pergerakan volatile berbanding menggunakan aset digital tersebut sebagai pembayaran.

Malah, ramai pelabur berpusu-pusu mengunakan atau mula memuat turun aplikasi exchanger kripto semasa harga BTC membuat pendakian.

Selain itu, penyelidikan turut mendapati pengguna baharu kebanyakannya adalah daripada individu lebih muda atau lelaki yang berani mengambil risiko tanpa mengharapkan keuntungan secara cepat.

Namun, tidak semua mengalami pelabur meraih keuntungan yang diharapkan apabila kajian itu mendedahkan tiga perempat pelabur runcit hilang wang mereka.

Dalam pada itu, ia turut mendapati bahawa penggunaan tertinggi aplikasi exchanger kripto adalah di Turki, Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Secara keseluruhannya, kajian ini membongkarkan bahawa pelabur baharu yang memasuki pasaran kripto adalah semata-mata disebabkan perubahan harga yang berlaku.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat