Anda Trade NZD/USD? Ini Berita Baik Dari New Zealand!

482

Dolar kiwi bergelut mencari peluang untuk mencatat pengukuhan pada sesi dagangan Asia selepas diperlihatkan dengan bacaan data pekerjaan New Zealand yang kuat pada suku ketiga.

Statistik New Zealand melaporkan kadar pengangguran menurun dengan ketara kepada 3.4%, iaitu tahap terendah pernah dicatatkan sejak suku keempat 2007 sebelum bermulanya krisis kewangan global pada tahun 2008.

Kali terakhir kadar pengangguran dicatatkan di bawah 4% adalah pada Jun 2008, sejurus sebelum kesan terburuk krisis kewangan melanda ekonomi dunia.

Bilangan penganggur juga menurun sebanyak 18,000 pada suku tersebut kepada 98,000 yang digabungkan dengan 54,000 lagi orang bekerja, menyebabkan kadar pengangguran turun.

Pekerja mendapat permintaan berikutan penutupan sempadan New Zealand telah mengurangkan bekalan buruh import. Kenaikan upah menambah kepada tekanan inflasi yang telah mendorong bank pusat untuk mula menaikkan kadar faedah.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Gabenor Bank Pusat New Zealand (RBNZ), Adrian Orr mengatakan pasaran pekerjaan sangat tidak menentu pada masa ini, dan sebab itu bank pusat hanya menaikkan kadar sebanyak 0.25% berbanding jangkaan awal sebanyak 0.50%.

Dolar New Zealand sedikit meningkat susulan penerbitan data tersebut setelah mencatatkan kelemahan pada sesi sebelumnya berikutan pengukuhan dolar greenback menjelang pengumuman dasar mesyuarat FOMC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat