Anda Trade NZD/USD? Ini Fakta Perlu Diketahui Pelabur!

297

Pasaran pekerjaan New Zealand dilihat terus mengetat walaupun kadar pengangguran tanpa dijangka mencatatkan peningkatan pada suku kedua tahun ini.

Data terbaharu yang diterbitkan pada awal sesi Asia memperlihatkan kadar pengangguran New Zealand meningkat kepada 3.3% daripada 3.2% yang dicatatkan pada suku pertama yang juga merupakan paras terendah sejak rekod bermula pada 1986.

Walaupun menurun, tetapi pertumbuhan gaji menunjukkan bacaan sebaliknya dengan meningkat lebih tinggi kepada 3.4%, kadar terpantas pernah direkodkan sejak 2008.

Kekurangan tenaga kerja dan kekangan kapasiti menyumbang kepada inflasi yang melambung tinggi di New Zealand, mendorong bank pusat untuk segera menghapuskan rangsangan monetari.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) dijangka akan melakukan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas untuk kali keempat berturut-turut akhir bulan ini, yang akan mendorong kadar tunai rasmi kepada 3%.

Dagangan dolar kiwi merosot selepas laporan tersebut diterbitkan sebelum ia meningkat semula tidak lama selepas itu.

Walaupun RBNZ tidak mempunyai matlamat berangka untuk pertumbuhan pekerjaan atau kadar pengangguran, ia mengatakan pekerjaan berada di atas tahap mampan maksimum yang diperlukan untuk dicapai.

Dengan mencatatkan 7.3% pada suku kedua, inflasi juga jauh melebihi sasaran 1-3% yang disasarkan oleh bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat