Aneh-Aneh, Kenapa Ekuiti Bergerak Seperti Ini Pada Akhir Minggu?

162

Rentetan daripada petunjuk penting dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS), ekuiti pada mulanya menyusut namun berjaya mencapai keuntungan semasa sesi penutupan tatkala dolar melemah.

Mencerap 2 acara penting tersebut, European Central Bank (ECB) mengesahkan kenaikan kadar faedahnya sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat polisi semalam sementara Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell menzahirkan ‘komitmen’ untuk membendung inflasi.

Reaksi awal selepas ucapan penting tersebut telah menyebabkan dolar mengukuh namun kembali lemah sehingga awal sesi dagangan Asia pagi Jumaat.

Ekoran itu Wall Street memperlihatkan keuntungan dengan Dow Jones Industrial naik  0.61% pada 31,774.52, S&P 500 capai 0.66% pada 4,006.18 dan Nasdaq Composite tambah 0.6% pada 11,862.13.

Di zon Eropah, indeks STOXX 600 naik 0.50% sementara tolok MSCI saham seluruh dunia capai 0.76%.

Pada rantau Asia, Nikkei 225 Jepun naik 0.61% sementara Topix tambah 0.35% tatkala Kospi Korea Selatan capai 033% dan Kosdaq canak 1.25%.

Ulas Peter Cardillo dari Spartan Capital Securities, turun naik yang berlaku ini bukan sesuatu yang baharu dan kenaikan kadar yang dibuat mengesahkan kemungkinan kemelesetan.

Jadi berdasarkan fakta tersebut, persoalan utama pelabur adalah tahap kemelesetan sederhana atau teruk yang bakal melanda ekonomi global.

Turut mencuri tumpuan semalam adalah hasil bon kerajaan yang menyaksikan peningkatan dengan hasil 10 tahun AS lonjak dari paras terendah 4 bulan pada 2.516% namun masih di bawah rekod tertinggi 3.498%.

Sedikit mengenai komoditi, harga minyak mentah naik 1% selepas susut ke paras terendah 7 bulan pada awal sesi dengan niaga hadapan Brent tambah 1.3% pada $89.15 dan WTI lonjak 2.0% pada $83.54.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat