Angkara Amerika, Harga Minyak Terus Tembus Siling!

427

Harga minyak mentah naik lebih tinggi pada Rabu, yang menyaksikan dagangan WTI Amerika Syarikat menembusi paras harga $70 setong buat pertama kalinya sejak tahun 2018.

Kenaikan ini telah didorong oleh kenyataan diplomat tertinggi Amerika Syarikat yang mengatakan bahawa sekatan terhadap Tehran tidak akan dihapuskan meskipun AS mencapai kesepakatan nuklear dengan Iran.

Ini membawa maksud bahawa tambahan bekalan minyak mentah Iran mungkin tidak akan kembali ke pasaran.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Setiausaha Negara AS Anthony Blinken memberitahu bahawa beliau menjangkakan walaupun berlaku kepatuhan terhadap Rancangan Tindakan Komprehensif Bersama 2015 (JCPOA), ratusan sekatan akan tetap berlaku, termasuk sekatan yang dikenakan oleh pentadbiran Trump.

Susulan laporan tersebut, harga minyak mentah telah melonjak lebih tinggi dan menembusi ketinggian terbaru tahunan.

Dagangan minyak mentah Brent naik 1% dengan didagangkan di sekitar $72 setong iaitu tahap tertinggi sejak Mei 2019. Sementara WTI Amerika Syarikat pula melonjak 1.2% kepada $70.05 setong, tertinggi sejak Oktober 2018.

Turut menyokong pengukuhan harga, Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan bekalan minyak mentah AS jatuh sebanyak 2.1 juta tong pada minggu lepas, sekali gus menandakan permintaan bahan bakar di AS terus menunjukkan pemulihan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat