Angkara Kripto, Nvidia Didenda Sebanyak RM24 Juta!

1,018

‘Buat kerja tak clean betullah Nvidia ni. Kan dah kena dengan SEC.’

Umum mengetahui bahawa untuk melombong (mining) mata wang kripto memerlukan cip pemprosesan (GPU) yang kuat, dan bercakap tentang perkara itu sudah pasti kad grafik keluaran Nvidia menjadi sebutan.

Terbaharu, Nvidia Corporation telah dikenakan penalti sebanyak US$5.5 juta kerana gagal mengemukakan kesan mining kripto terhadap teras perniagaan permainannya.

Dakwaan tersebut telah dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) selepas mendapati bahawa Nvidia gagal mendedahkan bahawa mining kripto merupakan ‘elemen penting‘ yang menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan syarikat.

Seperti yang diketahui, cip keluaran Nvidia telah direka bagi tujuan permainan grafik, maka secara tidak langsung ia juga memfokuskan kepada perlombongan kripto memandangkan peranti ini merupakan pilihan kebanyakan pelombong (miner).

Rentetan daripada itu, SEC layak untuk mengenakan denda atau penalti sivil kepada mana-mana syarikat yang gagal mengemukan cara perniagaan mereka, dalam kes ini Nvidia dan mining kripto.

Berbalik kepada Nvidia, syarikat teknologi yang berpangkalan di California itu dikatakan telah bersetuju untuk membayar penalti sivil berjumlah $5.5 juta tersebut tanpa memperakui mahupun menidakkan dakwaan SEC.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan lebih lanjut oleh syarikat mengenai pembayaran tersebut.

Megimbas kembali ketika 2018 lalu, cip keluaran Nvidia memang sangat popular digunakan dalam aktiviti mining kripto, iaitu proses mendapatkan ganjaran kripto sebagai pertukaran untuk mengesahkan transaksi pada lejar.

Menurut pegawai selia SEC, Nvidia mengetahui akan perkara itu namun memilih untuk berdiam diri dan enggan berkongsi maklumat bersama pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat