Anjing Menyalak Lagi, Kadar Pembakaran Shiba Inu Canak 500%!

45

“Peminat kripto anjing ini masih ada harapan, mungkin cara pembakaran je yang dapat naikkan harga SHIB.”

Semasa para pelabur semakin percaya dengan pasaran mata wang kripto, memecoin kedua terbesar Shiba Inu (SHIB) akhirnya melonjak sebanyak 23% dalam tempoh 7 hari lalu menewaskan Dogecoin (DOGE) yang hanya raih sekitar 20%.

Selain DOGE, SHIB turut mengambil kedudukan Wrapped Bitcoin (WBTC) sebagai aset digital paling banyak didagangkan di kalangan top 100 whales Ethereum (ETH) dan top 10 kripto yang dibeli oleh whales ETH terbesar.

Laporan tersebut mencapai keputusannya mengikut volum dagangan SHIB, dimana whales setakat ini telah memegang sebanyak $81 juta memecoin itu.

Dalam pada itu, komuniti SHIB digelar SHIBArmy yang ingin meningkatkan lagi harganya secara agresif telah membakar sejumlah besar memecoin itu pada baru-baru ini.

Buktinya, SHIB melonjak sebanyak 500% dalam tempoh 24 jam terakhir apabila SHIBArmy bertindak membakar hampir 11.8 juta memecoin tersebut.

Komunitinya berpandangan SHIB bakal melihat kejayaan dalam tempoh terdekat ini berikutan perkembangan ekosistemnya yang semakin kukuh.

Setakat penulisan ini, harga SHIIB berjaya mendaki lebih 12% pada paras $0.000010 dalam tempoh 24 jam lalu dengan jumlah dagangannya meningkat sekitar 81% pada $640 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat