Anthony Albanese, Perdana Menteri Baru Australia

266

Sembilan tahun pemerintahan konservatif di Australia berakhir pada hari Sabtu, selepas Parti Buruh pimpinan Anthony Albanese menewaskan gabungan Liberal-Nasional oleh Perdana Menteri Scott Morrison dalam pilihan raya persekutuan negara itu.

Morrison mengakui keputusan tersebut apabila penyiar tempatan ABC mengunjurkan kekalahannya pada tengah malam waktu tempatan bahawa Buruh memenangi 72 kerusi manakala parti Liberal-Nasional ketinggalan dengan 54 kerusi.

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada parti Buruh akan memperoleh majoriti dengan pemilikan 76 kerusi di parlimen, tetapi pemimpin Anthony Albanese ditetapkan untuk menjadi perdana menteri negara yang ke-31 menggantikan Morrison.

Keputusan rasmi akan diketahui dalam beberapa hari lagi dengan proses pengiraan 2.7 juta undi pos sedang berjalan.

Kemenangan parti Buruh juga bermakna keinginan rakyat untuk ‘perubahan’ setelah dilanda Covid-19, di mana Albanese telah menjanjikan tindakan lebih kuat terhadap perubahan iklim.

Bercakap selepas kemenangannya, Albanese memberitahu bahawa telah tiba masanya untuk menetapkan semula secara radikal tentang cara negara itu bertindak ke atas cabaran iklim.

Setelah mengangkat sumpah sebagai pemimpin baharu Australia pada Isnin, beliau akan terbang ke sidang kemuncak antarabangsa di Tokyo untuk bertemu dengan pemimpin negara Amerika Syarikat, India dan Jepun, atau juga dikenali sebagai ‘Quad’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat